Tuesday, February 02, 2010

1. Attoiu ma ni...harini genap setahun kerja di Chiba.Pantas!Iro-iro benkyou ni natta.Senpai tachisss,arigatou~!

2. Semalam yuki turun.Chou kandou shita wa!Jakun sebentar.Pukul 11:30 malam sanggup turun nak main yuki.hihi.

3. Pagi tadi sampai jimusho, ada khemah patah.Maka kami bergotong royong la nak menyelamatkan kereta yang di bawah khemah.Nasib baik masih sehat walafiat si kereta itu.Kalo tidak, habislah mengamuk encik boss di sinun.hehh.

4. Bila si jejaka2 bergabung tenaga angkat khemah, aku curi tulang.Buat yukidaruma.hehehe.Tanoshikatta!Pastu, ntah macam mana boleh pulak main-main baling-baling yuki.Macam kanak-kanak.Tapi aku suka.Suka sebab boleh attack senpai.Dan secara tak sengaja terkena kepala.hahahha.Tu la.Buat dajal kat aku lagi.Kan dah kena;D
Kami start keje pukul 10 pagi.Sejam bermain yuki menyebabkan kasut dan stokin ku lencun.Maka sepanjang hari ini kaki ku sejuk.Oh, seksa nye.huhuhu.





Lepas ni, ada peluang lagi ke tak main yuki ek?ermmmmm...

Saturday, January 30, 2010

Hari ni Uda daftar kat PJ. Ayah dengan mama agak risau.Sebab mereka tak pasti sama ada pilihan Uda tu betul ke tak.At first aku ragu-ragu gak.Ye la kan.Uda ni manja sket.Eh, banyakkk ok!!5 tahun duduk asrama pon masih 'gembeng'.Every week nak suruh ayah datang.Nasib baik la dekat.Macam mana la kami ni tak risau.Haihh.Tapi bila fikir-fikir balik, biarlah Uda belajar kat situ daripada dok saje je kat rumah.Balik-balik gaduhhhh je dengan abang dan adik.Bising gile rumah.So, aku pon cakap kat ayah dan mama, doakan je yang terbaik untuk Uda.

Semalam aku called rumah.Yang lawak nye, ayah cakap ingat kan Uda je yang 'gembeng' dalam rumah ni.Rupa-rupanya, ada orang lain gak.MAMA!hahhhah.
Ayah citer;
Mama cakap kat ayah, sorang dah la jauh, ni lagi sorang pulak jauh.Pastu mencurah-curah ayaq mata mama keluar.Ayah dah tergamam.Tak tahu nak cakap ape.Pastu masa masak pon,mama boleh mengalirkan ayaq mata.Huhuhu.Ayah kena cakap perkara-perkara yang ceria je.hehehe.

Kesian mama.Biasa la kan.Hati seorang ibu.Mudah terusik.Dah la aku dengan Uda je anak perempuan.Dua-dua duduk jauh dari family.Mana la mama tak sedih.Bukan la kat rumah tu takde orang.Abang dengan adik je dah jadikan rumah tu riuh rendah.Mungkin sebab mama takde tempat nak citer hal-hal perempuan kot.Alaaaa..perempuan kan banyak cerita.Hehehhe.

Banyak pesanan aku kat Uda tadi.Harap- harap tak la masuk telinga kanan keluar telinga kiri kan.Mahu kene debik dengan aku nanti.Huhuhu.Yup,aku memang seorang kakak yang garang.Hehhhh


Sekian,cerita di malam minggu..Adios^^

Tuesday, January 05, 2010

esok dah start kerja.tiada lagi tidur selepas subuh, bangun sebelum habis zohor.huhu.
esok perlu bangun awal memandangkan cabaran nak gi jimusho agak hebat.kalau la jimusho sebelah rumah alangkah bahagia nya hidup.huhu lagi.

start esok, aku nak bekerja dengan lebih ikhlas. selama hampir setahun kerja kat kaisya ni, banyak betul monku.tu yang buat aku stress kot.so, kena latih diri untuk lebih ikhlas.buat kerja dengan penuh komitmen.walaupun aku tak gemar dengan gaya encik boss, kena kuat kan semangat.huhu.macam tak percaya aku boleh buat revolusi macam ni.woit,azam tahun baru nih!caya lah!hahaha.

so, kalo korang ada terbaca entry-entry yang aku tulis lepas ni monku pasal kerja, korang tolong piat telinga aku ok?!hehhhh







tapi kalo sampai satu tahap aku rasa bengang tak boleh blah dengan kerja-kerja aku, itik-itik seperti dalam gambar di atas akan menjadi mangsa aku.hahaha.actually gambar-gambar kat atas tu koen sebelah jimusho.banyak gile itik.rasa macam kat kampung.damai je.boleh layan jiwangss kalo free.hehhh.

tadi lepas habis kemas rumah ( rumah dah tak bersepah, jemputlah datang.hehe), gi pinjam basikal canggih jiran jalan-jalan kat koen dekat-dekat rumah.bagus betul tahun 2010 ni.hidup dikelilingi flora dan fauna.hahaha.




dah lama gile nak pergi jalan-jalan kat koen ni.tapi tak pergi-pergi.harini berbasikal dekat sejam.beriadah youuuu!best-best!koen ni masa haru, banyak gile sakura.cantikss.tapi tahun ni dapat ke aku berhanami?memandangkan kawan-kawan di hachioji dah sotsugyou nanti.sadis-sadis.eh, kak een jom nanti hanami kat sini ye.dekat je saya nak cop tempat=)

akhir kata, selamat bekerja buat diri sendiri=P
pada mc ah dan yana, syuron to happyou ganbatte ne~
yakin boleh!^^

Saturday, January 02, 2010

tahun baru yang tidak produktif...


asyik dok berkurung je dalam rumah yang masih penuh dengan kotak-kotak..

arghhhh~! bile nak habis kemas ni?!


jom jom..keluar hirup udara segar kat luar~

yosh!

eh, jap nak mandi dulu.hehhhhh...

Friday, January 01, 2010

hohoho...merry christmas...

eh silap la..happy new year people~!

akeome~!

sedar tak sedar dah masuk tahun 2010..maka umur pon bakal bertambah satu angka..i dont like~huhuhu.

tahun 2010 ni dimulakan dengan jimusho baru, rumah baru dan jiran-jiran baru.semalam dah settle angkat barang pindah rumah.penat gile!gile penat!mana tak nye baru habis kemas jimusho terus pindah rumah pulak.tingkat 3 pulak tu.shindokatta wa~!koshi itakatta.nampak sangat dah di mamah usia kan.stamina pon dah kureng.adehhh.tak nak pindah-pindah dah lepas ni.huhu.

siang tadi gi bantai tido pukul 12:30 tengahari baru tersedar.tu pon sebab jiran sebelah rumah called ajak makan.hahaha.punya la tido mati.hagham tak sedar langsung.nasib baik ada jiran yang prihatin.kah kah kah.

then, petang tadi start pukul 6:30 petang dok lepak-lepak dengan jiran sebelah rumah tengok waratte ikenai.bantai gelak tak hingat punye la.sakit perut,sakit rahang,sampai sakit kepala di buat nye.pastu jiran gi order pizza plak.macam nak celebrate new year la kekonon nye.order sampai 3 keping L size lagi ok.hahaha.hambek ko.pelahap betol masing-masing.tapi kira ok la kan.tak de la dok terkebil-kebil sesorang kat umah.hehh.





semoga tahun baru ni akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelum nya ye kawan-kawan^^

I wish you Health...
So you may enjoy each day in comfort.

I wish you the Love of friends and family...
And Peace within your heart.

I wish you Happiness and Joy...
And Blessings for the New Year.

HAPPY NEW YEAR~!



Saturday, December 26, 2009

penat dan lelah


aku pasrah....



nak cutiiiiiiiii~!



mood swing pagi2 buta nih.haihhh.



Friday, December 04, 2009




ni je la gambar momiji yang ada untuk aki tahun nih.
sadissss bukan?
jadi la daripada tak ada langsung.
boleh dijadikan kenangan bila dah balik Malaysia foor good nanti.
tapi bila la nak balik tu kan.
jeng jeng jeng......;D


Monday, November 30, 2009

Setiap kali isnin je mesti mood bekerja tiada.bukan masa kerja je.dolu-dolu masa sekolah pon, malas betul la nk gi class or kenkyu.tak bersemangat langsung.haih.sebab baru naik cuti kot.sedap sangat dok goro-goro kat umah.lagi-lagi time sejuk-sejuk ni kan.pergh!nikmat betol duduk bawah kotatsu.

Tapi kan, nih nak citer nih.dolu-dolu masa zaman muda belia (bukan nak cakap sekarang dah tua,tapi matured.kahkahkah), nak bagi perasaan membuak-buak nak gi kelas, kami (bukan aku sorang okeh) cari pemangkin.haha.tahu tak maksud pemangkin tu ape?sila la google pada sesapa yang tak tahu tu kan.istilah pemangkin bagi kami ni macam cari la seseorang yang boleh buat korang rasa bersemangat.kalo malas pon, at least bila nampak pemangkin ni timbul sket kerajinan.kahkahkah.pemangkin nih tak semestinya orang yang kita sayang,kasih or cinta.oh please la jiwang-jiwang ni kan.hahaha.orang yang korang respect pon boleh gak.contoh; cikgu.hahaha.sape yang jadi kan cikgu dia sebagai pemangkin ni, aku kagum lah.hahaha.tapi sorry to say la kan.aku tak pernah.hahaha.

Ok-ok.kalo dolu-dolu,pemangkin yang pernah aku jadikan pemangkin (ayat macam k*ling di sini) ni selalunya had hebat2 dalam akademik.ecehhh.tapi serius.dah lah hebat.cool pulak tu.so, bila dah macam tu, aku akan berkobar-kobar la nk gi kelas,pulun study.konon nak jadi hebat gak la macam dia.huhhh.harapan lah kan.hahhaa.masa kat JAD pulak,cari TA nihonjin yang kiut2 sket.jadikan pemangkin.hahaha.
Tapi jangan salah tafsir,bukan sebab gedik tau nak cari2 pemangkin nih.Saje main-main.yang penting kan niat.pergh!ayat menyedapkan hati.kuikuikui.

Hampir 90% bila ada pemangkin, kita rasa syok je buat sesuatu yang kita rasa berat nak buat.setuju?tak setuju?

Tapi,sekarang ni,siapa yang nak dijadikan pemangkin????????
Ohhhhhh.tensionnnnnnyeee!

*terpandang muka pemangkin,kemudian tunduk muka sambil blushing.kahkahkah.kenangan-kenangan;D*

Friday, November 20, 2009

Cuaca hari ni sangat cemerlang.


Subhanallah.Cantik sangat.


Balik dari hantar mc ah gi eki pagi tadi sangat la mabushii.Sampai tak nampak jalan.Hisashiburi langit cerah setelah beberapa hari mendung dan hujan.









Tapi sejukkk.Grrrrr!
Nak balik duduk bawah kotatsu boleh tak?huhu

Monday, November 16, 2009



hisabisa dapur di rumah ku berasap secara sempurna.huhuhu.
tengok la betapa rajin nya aku memasak di hari minggu.satu set lengkap okeh.ayam goreng berempah (credit to mc ah sebab bagi aku rempah ni;D).sayur goreng.sambal tumis.buah pon ade.i cakap kat you.hahaha.



bila dah siap semua tu rasa nak mengalir air mata.sebab tung tang tung tang bersilat kat dapur,kekkyoku makan sorang-sorang.adusss.sadisss.tapi orang kata tak elok bersedih depan rezeki.ape lagi kan.aku ngap la jugak siap bertambah lagi.sape kata takde selera makan sorang-sorang?kalau dah lapar tu ada aku kisah??hahaha.konon la kan.

so,ape motif letak gambar makanan nih?

nak bagi motivasi sikit supaya aku menjadi lebih rajin untuk memasak.Yezza!!

rasa berat bertambah 1kg nih.yabaii!