Saturday, December 26, 2009

penat dan lelah


aku pasrah....



nak cutiiiiiiiii~!



mood swing pagi2 buta nih.haihhh.



Friday, December 04, 2009




ni je la gambar momiji yang ada untuk aki tahun nih.
sadissss bukan?
jadi la daripada tak ada langsung.
boleh dijadikan kenangan bila dah balik Malaysia foor good nanti.
tapi bila la nak balik tu kan.
jeng jeng jeng......;D


Monday, November 30, 2009

Setiap kali isnin je mesti mood bekerja tiada.bukan masa kerja je.dolu-dolu masa sekolah pon, malas betul la nk gi class or kenkyu.tak bersemangat langsung.haih.sebab baru naik cuti kot.sedap sangat dok goro-goro kat umah.lagi-lagi time sejuk-sejuk ni kan.pergh!nikmat betol duduk bawah kotatsu.

Tapi kan, nih nak citer nih.dolu-dolu masa zaman muda belia (bukan nak cakap sekarang dah tua,tapi matured.kahkahkah), nak bagi perasaan membuak-buak nak gi kelas, kami (bukan aku sorang okeh) cari pemangkin.haha.tahu tak maksud pemangkin tu ape?sila la google pada sesapa yang tak tahu tu kan.istilah pemangkin bagi kami ni macam cari la seseorang yang boleh buat korang rasa bersemangat.kalo malas pon, at least bila nampak pemangkin ni timbul sket kerajinan.kahkahkah.pemangkin nih tak semestinya orang yang kita sayang,kasih or cinta.oh please la jiwang-jiwang ni kan.hahaha.orang yang korang respect pon boleh gak.contoh; cikgu.hahaha.sape yang jadi kan cikgu dia sebagai pemangkin ni, aku kagum lah.hahaha.tapi sorry to say la kan.aku tak pernah.hahaha.

Ok-ok.kalo dolu-dolu,pemangkin yang pernah aku jadikan pemangkin (ayat macam k*ling di sini) ni selalunya had hebat2 dalam akademik.ecehhh.tapi serius.dah lah hebat.cool pulak tu.so, bila dah macam tu, aku akan berkobar-kobar la nk gi kelas,pulun study.konon nak jadi hebat gak la macam dia.huhhh.harapan lah kan.hahhaa.masa kat JAD pulak,cari TA nihonjin yang kiut2 sket.jadikan pemangkin.hahaha.
Tapi jangan salah tafsir,bukan sebab gedik tau nak cari2 pemangkin nih.Saje main-main.yang penting kan niat.pergh!ayat menyedapkan hati.kuikuikui.

Hampir 90% bila ada pemangkin, kita rasa syok je buat sesuatu yang kita rasa berat nak buat.setuju?tak setuju?

Tapi,sekarang ni,siapa yang nak dijadikan pemangkin????????
Ohhhhhh.tensionnnnnnyeee!

*terpandang muka pemangkin,kemudian tunduk muka sambil blushing.kahkahkah.kenangan-kenangan;D*

Friday, November 20, 2009

Cuaca hari ni sangat cemerlang.


Subhanallah.Cantik sangat.


Balik dari hantar mc ah gi eki pagi tadi sangat la mabushii.Sampai tak nampak jalan.Hisashiburi langit cerah setelah beberapa hari mendung dan hujan.









Tapi sejukkk.Grrrrr!
Nak balik duduk bawah kotatsu boleh tak?huhu

Monday, November 16, 2009



hisabisa dapur di rumah ku berasap secara sempurna.huhuhu.
tengok la betapa rajin nya aku memasak di hari minggu.satu set lengkap okeh.ayam goreng berempah (credit to mc ah sebab bagi aku rempah ni;D).sayur goreng.sambal tumis.buah pon ade.i cakap kat you.hahaha.



bila dah siap semua tu rasa nak mengalir air mata.sebab tung tang tung tang bersilat kat dapur,kekkyoku makan sorang-sorang.adusss.sadisss.tapi orang kata tak elok bersedih depan rezeki.ape lagi kan.aku ngap la jugak siap bertambah lagi.sape kata takde selera makan sorang-sorang?kalau dah lapar tu ada aku kisah??hahaha.konon la kan.

so,ape motif letak gambar makanan nih?

nak bagi motivasi sikit supaya aku menjadi lebih rajin untuk memasak.Yezza!!

rasa berat bertambah 1kg nih.yabaii!

Wednesday, November 11, 2009



Shinjirarenai!!!


baru tengok the best house pasal perempuan2 yang hebat.
ada sorang pompuan tu asal dari keluarga miskin. dia berazam dan nak buktikan dia boleh jadi kaya.so,dia ceburi bidang fudosan(hartanah dakke?).dalam masa yang singkat dia dapat banyak keiyaku dari customer2 dia.orang lelaki pon kalah dan kagum dengan kehebatan dia.perempuan nih tahu company dia sangat bergantung harapan dengan keupayaan dia tarik minat customer.maka,dia berani ugut company dia supaya naikkan pangkat kalau tak dia akan bagi notis berhenti kerja 24jam.

dalam masa yang singkat dia berjaya pegang jawatan tinggi dalam company.tapi dia masih belom puas hati.nak jadi kaya lagi.

kemudian dia jumpa sorang lelaki yang kaya juga.ada harta lebih kurang 13oo億円!lelaki tu ada isteri tapi perempuan tu berjaya membuatkan lelaki tu buang isteri dan berkahwin dengan dia.apa lagi kan.berlipat kali ganda la harta perempuan tu!jadi syacou lagi.ada 23 buah hotel seluruh dunia!kalo nak tahu dia juga seorang ketua yang kuku besi.pekerja buat silap sikit je terus kubi!memang tak ada belas kasihan langsung!


nak di pendek kan cerita,kantoi la dia tak bayar tax.kalo kira-kira dalam 2tahun,dia tak bayar lebih 10億円!dia kata dia tak akan bayar tax.tax tu rakyat yang bayar.macam hagham tak?!

so,dia kena denda bayar bape puluh oku yen ntah.lupa plak.jawatan sachou pon kena tarik balik.

betul la orang kata,hidup ni macam roda.harini kita kat atas,esok lusa kat bawah pula.


bila suami dia mati,dia jadi pewaris semua harta pusaka suami dia.dan bila dicampur tolak,harta perempuan tu berjumlah 8000億円!!bapak banyak okehhh!!

bila perempuan nih mati,dia tulis wasiat dan hanya bagi sket je harta dia kat adik lelaki dan dua orang cucu dia.DAN..
13億円 dia bagi kat 愛犬dia!!!pastu balance 7000億円 lagi dia bagi kat persatuan yang ada kaitan dengan anjing kot.ntah tak reti nak translate organisasi tu dalam bahasa melayu.huhu.
tak ke bodoh tu??baka jyanai no??!!
baik bagi kat aku.ade gak faedah nye.hahahha.rasa macam membazir je.tak bagi aku pon,gi la derma kat orang yang memerlukan.boleh plak moto hidup dia;
duit aku,hanya untuk aku sahaja!

bongok!

kemut!

ceh emo plak aku nih=P

sebab geram takde duit banyak tu kan.hahaha

kesimpulan nya,perempuan ni hebat dari segi ape ye?

hebat sebab berjaya maju kan diri dia dari miskin sampai kaya raya?

hebat sebab boleh jadi ketua yang bertindak ikut suka terhadap orang bawahan dia?

hebat sebab berjaya kahwin dengan lelaki kaya?dan jadi pewaris harta berbilion bilion dolars?

atau hebat sebab wariskan harta dia dekat anjing belaan dia?

ntah hape hape ntah....

Tuesday, November 10, 2009

Hidup macam berjudi.Bezanya, judi takde usaha.Hanya serah pada nasib.Ade ong, success.Takde ong, muflis.

Hidup lain.Hidup kena ada usaha.Berdoa pada Tuhan.Dan tawakkal.

Contohnya macam hidup aku sekarang.Sedang memperjudikan hidup.
Untuk masa hadapan yang terang benderang.Atau kelam dan suram di kemudian hari.
Memang kita tak mintak kelam dan suram.Semua orang mahukan terang benderang.Tapi yakinkah kita tiada istilah kelam di malam hari?
Walaupun kita rasa kita sudah berada di landasan yang betul.Kita hanya mampu berdoa.Semoga yang kelam-kelam itu bisa dijauhi.Semoga yang kelam-kelam itu dapat kita tempuhi.Semoga yang kelam-kelam itu,kalau timbul,biarlah sementara,sebelum datang cahaya sederhana terang.Yang buat kita mampu tersenyum,untuk meneruskan kehidupan.


Entry di tulis;
Disebabkan kebuhsanan tahap gaban,
Kemalasan tahap ultraman,
Kemengantukan tahap cipan,
Kefokusan tahap kosong.

Saturday, October 31, 2009

bulan 12 nanti kena pindah rumah lagi.jimusyo pon pindah tempat baru.keje aku nih dok pindah randah je la.malas betol la nak packing segala mak nenek tu.nasib baik la aku tak buka semua barang-barang aku dulu.masih banyak lagi dok dalam kotak.tapi aku boleh bayangkan nanti betapa busy nya nak kemas-kemas segala.kemas rumah.kemas jimusyo.kemas store.perghhh!patah pinggang macam nih.berserah je la.huhu.

rumah baru nanti takde la jauh dari rumah lama ni.tapi jimusyo tu agak jauh la juga.quite big.pagi-pagi tu kena meredah kesesakan lalu lintas dulu baru sampai jimusyo.ni yang den lomah nih.selalunya 8:30 baru keluar dari rumah.tu pon yoyu lagi.nanti jangan harap la uu.i berserah je la.huhu

seghabut ayam gak la dok pikir.ada sebulan lebih nk jyunbi ni.nantoka naru yo!

Thursday, October 29, 2009

sakit tekak.sakit hidung.sakit belakang.

mata merah.hidung tersumbat.

soro-soro kana.

mou yada yo!

balik ni kena cepat-cepat telan panadol soluble ni.hihi.

tapi kalau demam boleh cuti.i likeeeee cuti.pulak dah.huhu.

cuti sebab demam adalah tak syok ok cik jue!

buat anda-anda sekalian,jaga kesihatan ok.

Tuesday, October 27, 2009

perasaan bercampur baur sekarang nih.macam-macam perasaan ada.

tension.serabut.menyampah.bengang.sakit hati.meluat.nervous.bimbang.

aduhaiiiii.

semua ade la senang cerita.

malas betul nak fikir.kalo fikir lagi la rasa macam tak boleh nak tido.tido tu penting tau.hihi.

bertahan la wahai hati.

bertahan la wahai juliana.

macam la selama ni ko tak pernah alami perasaan2 tersebut kan.

mungkin ada hikmah di sebalik semua ini kan.

pray for the best.

Ya Allah, please give me strength..


Saturday, October 10, 2009

|tuu diaaa...|




berzaman baru nak update.




blog ni di anak tiri kan.dasar mak tiri kejam.tak ambil peduli langsung.malang sungguh la pada sape-sape yang dok buka blog nih.kihkih.konon=P




dah hampir 2 minggu pulang semula ke nihon.masih homesick.sob sob.sedih.




ceh,drama je lebih tu.hehe.




kalo nak tahu,baju-baju dalam beg besar tu masih belom unpacked.alasannya mudah.tiada masa.sampai-sampai haritu tengahari terus kerja.weekend pulak gi open house.mana nak ada masa untuk mengemas.haha.alasan tak bernas sungguh kan.cakap je la malas.senang.memang pon.kerajinan tertinggal di malaysia.poyo.




kalo nak cerita pasal raya haritu, mahu berjela-jela la entry ni nanti.takut pembaca bosan.kita kena saling memahami.hihi.




so,buat rumusan je la.




raya tahun nih, sangat productive.suka.suka sangat-sangat.




productive sebab dapat buat banyak benda.jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah.yang dah 12 tahun tak jumpa.perghh!kandou!
then,first time pegi majlis pertunangan member.amik berkat skali.hehh.
tahniah ye Anis!!=))




tapi raya tahun ni pokai.nasib baik tak cuti sebulan.adoiii.takpe lah.rezeki budak-budak.huhu.




tahun nih, ramai sungguh kawan-kawan nak naik pelamin.ramai sungguh nak tukar status.yang dah kahwin toksah citer la.memang ramai.aku pulak sibuk je nak suruh diorang pos kad kahwin ke nihon.buat koleksi orang kata.alaaa,mahal sikit je kan.hikhik.thank you!=))




ni kad yang aku dapat.dua-dua nikah dan bersanding pada tarikh yang sama.majlis di pihak lelaki pon tarikh sama.nasib baik aku kat nihon.kalo tak,camne nak pegi dua-dua nih??hihi.
daripada soon-to-be-Mrs Bella.thanks Bell.Gold lagi uuu.kalo aku terdesak,boleh pajak tak card nih??haha.Oshiawaseni Bell and Ozal~=))

ni pulak, daripada soon-to-be Mrs Rini. kawan satu Felda.satu sekolah rendah.satu kelas masa darjah 6.Bakal suami dia pon ex-classmate kami juga dulu.dah jodoh kan.dulu mana nak tahu dia tu bakal suami kita.macam tak percaya kan.hihi.semoga berbahagia selalu ye Rini dan Kirat=))

ok la.sejuk la jari jemari i ni menaip.huhh.alasan lagi.=P

haritu pakcik tanya; along bila cik nak mkn nasi minyak ni?cik teringin la nk mkn ns minyak...

aku; kalo teringin, masak sendiri la! (dalam hati je la tapi nye..huhu)

Tuesday, September 15, 2009

|buhbye~;D|

esok, saya balik malaysia dulu ye=D

di kesempatan ini saya nak mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

makan sedap-sedap hari raya nanti jangan lupa kat saya ok..walapon bile saya dah mentekedarah nanti, saya tak ingat kat sesapa pon..hehehehhe

lagi satu, berhati-hati di jalan raya.pandu cermat jiwa selamat.jangan bawa macam pelesit.sayangi la nyawa anda dan orang-orang yang anda kasihi.

tuuu diaaaa.macam pesanan penaja.hihi.

see you after raya.InsyaAllah=))

hancuss la program diet ku nanti..maa ii ka;P

Wednesday, September 09, 2009

|yatta~!!|

confirmed balik Malaysia 16hb-30hb!!;D



hoyeayyy!hoyeayyyy!V(^-°)



lagi seminggu je lagi..boleh start packing dah nih..tapi biasa lah..malas mengatasi segalanye..ekekeke

tapi baju raya takde lah..sadis tol..pakai t-shirt dengan jeans pon boleh raya gak kan=P









ok..patutnya gambar tu kena tukar kapal terbang..kuikuikui

aku dengar macam ramai je nak bertunang harini..almaklumlah nombor chantek..090909..

hahaha...bertunang lepas buka pose menarik juga kan;D

oit2!!nak jugak!!=P

raya nanti jemput la datang umah i~=))

Saturday, September 05, 2009

|picture is worth a thousand words~|











*sebenarnya malas nak bercerita.hehehe*

Friday, September 04, 2009

|damai~|

rasa damai je bila pagi-pagi tengok sawah padi yang keemasan.dengan langit yang cerah.cuaca yang baik.nak pergi keje pon rasa ringan je hati.


perghhh.cukup damai.lagi tenang.boleh senyum sorang-sorang.aku suka.


ciptaan Allah sangat cantik kan.Subhanallah.




sila abaikan kualiti gambar yang kurang ummpphh.salahkan keitai aku yang cabok itu.hehe.

ada sape-sape nak sponsor iPhone tak?kihkih.


Monday, August 31, 2009

|hisashiburi~|

tuuu diaaa.kronik sungguh la tahap kemalasan aku nak update ni.hehe.

banyak sangat menda berlaku sepanjang 2 minggu lepas.tapi macam citer dah basi kan.so,cerita yang lastest saje la ye.hihi.

semalam, aku pergi Ebisu Circuit, Fukushima.sebab nak tengok Drift 1.first time pegi,so sangat excited.hehe.kaisya aku jadi sponsor RE-Amemiya Team.Drifter; Suenaga Sensyu.Semalam adalah round 6.Sabtu round 5.Suenaga sensyu jadi johan round 5.Kami sangat tak sangka dia boleh johan lagi untuk round 6.2 hari berturut-turut johan!Kakkoyokatta!!!rasa sangat tak rugi pergi jauh-jauh.dengan hujan nye.sejuk tak payah cakap la.macam fuyu.aku dah menggigil-gigil.mulut pon kuar asap uuu.tapi memang fun!aku dah jatuh hati pada suenaga sensyu.oppss,ada kena baling kasut dengan bini dia ni kang.hahaha.

aku terpaksa korbankan baju keje aku sebab nak suruh suenaga sensyu sign.gile tak?tak kan?haha.so,baju tu kalo dah pakai aku tak akan basuh.febreze sudah.kihkihkih.

gambar-gambaran aku upload kemudian ye.sebab sekarang aku malas.like u dont know me je.hehe.

sekarang tengah pikir, kat Fuji Speed Way nanti nak pegi lagi ke tak ek??ermmmmm. pikir jangan tak pikir..=D

oh ye.korangggg.

SALAM MERDEKA YANG KE-52~!

nanti kalo aku tak wish, ade plak kata aku tak sayang kan negara sendiri.hihi.



いい思い出ができて、良かったね~

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan buat semua.mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah daku lakukan.moga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik-baik nya.InsyaAllah.

Monday, August 03, 2009

|oh akhirnya...|

aku update gak blog nih.

aku tahu ramai yang rindu.hehe.takpe.aku suka korang rindu kat aku.no problem at all bebeh=p

lepas balik dari malaysia,aku sangat busy.busy ok.penat.nak check email pon kadang-kadang tak sempat.masa untuk aku mengulor time keje sangat terhad.hihi.ok.sebenarnye aku malas.bagi macam-macam alasan pon korang bukan nak caya kan??haha.

attention to mc ah: aku takde nafsu nak update pasal abang.nanti aku homesick.so,aku houryu dulu ye.satu je aku nak habaq kat sini; abang dah sama tinggi dengan aku.tak aci ok?!arggghhhh!ok aku mengaku aku pendek.hukhukhuk.tak nak kawan abang=(

next week member aku yang baru grad dari rusia nak datang jepun.5 orang uuuu.doktor semua tu.jadinya aku nebes.ala-ala menteri nak datang melawat umah aku.hikhik.sebelum-sebelum ni takde siapa pon pernah tido kat umah aku lama-lama.maka logik la aku nebes kan.haha.semalam aku telah memborong bantal dan barang-barang lain.almaklumlah,selama nih bujang.semua benda seketul.tapi yang tak syok nye,encik-encik boss pon datang minggu yang sama.aduyaiiii.bijak sungguh timing anda.flying kick boleh?geram tau.takpe la.yang penting aku dah bagitau syacho.aku pon nak pinjam wish syacho.harap-harap syacho kigen ii.nanti boleh aku belanja syacho ice cream.hehehe.

kawan-kawan lain taknak datang umah aku ke??mari lah.memeriahkan suasana.nanti boleh aku syoukai kan dengan my abang-abang.sekarang dah tambah lagi dua orang.maka sekarang aku ada 4 orang abang.merasa la juga jadi adik.hahahaha.

dah lah.tak tau dah nak tulis apa.

dah terubat ke rindu??

ok perasan macam ramai pembaca la tu konon nye...=D

till then.


rindu dia~

Tuesday, July 14, 2009

|何だろう?|

Hari tu dah puat point-point.Hari ni nak buat perenggan-perenggan pulak.


1) Ahad haritu, aku masak asam pedas ayam. Sebab malas nak beli ikan. Lagipon dah lama tak makan asam pedas ayam. Rindu la yang atuk masak. Paling sedap. Tak reti nak masak sesedap tu.huhu. Aku modified resepi. Aku campur terung.hahaha. Sebenarnya beli terung tu sebab nak letak dalam kari. Tapi boleh pulak aku ubah fikiran daripada nak masak kari jadi asam pedas. Belasah je lah. Jadi nya aku campurkan saje terung tu. Pemalas kan nak masak asing-asing. Uish,sedap jugak tau. Try la.


2) Semalam, tengok drama terbaru YAMAPI. Buzzer Beat. Kawaii. Kawaii sangat. Ke kakkoii?Mana-mana lah. Yang penting dapat cuci mata. Oooo gatal ko ye.hehe. Sesekali. Apa salah nye. Ingat lelaki saje boleh cuci mata? Silap tu. Drama ni agak menarik. Alaaa semua drama Yamapi berlakon adalah menarik.hikhik.


3) Drama Mr.Brain setiap hari Sabtu juga sangat menarik. KIMU TAKU berlakon. Cerita agak misteri dan kelakar. Rugi tau tak tengok.banyak gak info-info yang boleh kita dapat daripada drama ni. Kecuali perkara yang dia kata manusia ni asal nya dari monyet. Bongok sikit di situ.


4) Malam tadi buat pertama kali aku pasang kipas untuk summer tahun ni. Mungkin ada orang akan cakap, ‘Oit,ko baru pasang? Tak panas ke?’. Bukan la tak panas. Tapi aku prefer buka tingkap. Dingin angin malam. Masyuk.huhu. Tapi malam tadi takde angin. Cisss. Tak boleh tido la aku kalo panaih macam tu. Dalam mamai-mamai tu, aku selongkar kotak cari remote kipas. Ye. Kipas aku mengada. Kena on pakai remote. Nyampah. Nasib baik jumpa remote tu. So, aku pasang yang paling kuat. Dapat lah aku tido terbongkang sampai pagi. Bangun pagi tadi sakit tekak. Padan muka aku. Jangan selsema sudah. Nanti kena tahan kat airport. Ternganga tak boleh balik.


5) Pagi tadi, entah kenapa aku boleh pulak layan lagu-lagu melayu masa on da way nak pergi kerja. Natsukashi. Yang tak tahan nye, ada lagu SEKSA by UKAYS.haha. Aku gelak sorang-sorang. Mendayu-dayu sungguh la lagu tu. Tapi tetap layan. Seronok jugak. Tapi tak boleh dengar selalu sangat. Nanti muntah hijau.hihi.


6) Sejak kebelakangan ini, aku rasa tension dengan kerja. Tension tau. Nama je aku kerja di company jepun, syacou aku nihonjin. Tapi 'orang melayu' itu yang ada kuasa penuh. Aku tahu dia yang bayar gaji aku. Syukur alhamdulillah. Aku akan hormat dia kalo dia ikut dengan system bekerja di jepun ni. Kalo asyik nak ikut kepala dia saje, jangan la buat company kat jepun. Buat kat Malaysia sudah. Boleh jimat cost. Tak perlu lagi ko merungut mahal. Terlalu berbangga dengan MADE IN JAPAN. Dia tak tahu ke orang jepun nak jimatkan cost, diorang buat kilang kat China, Taiwan dan tempat-tempat lain? Ayah cakap, takpe. Itu pengalaman. Kita kena hormat ketua kita. Ye. Aku tahu. Kalo aku kutuk-kutuk dia pon buat tambah dosa je. Jadi aku kena kuat dan sabar. Jangan sampai aku kena darah tinggi atau sakit jantung dah le.Nauzubillah.


Friday, July 10, 2009

|tak tahu nk ltk title ape..|

maji lama tak update blog nih..malas betul!
so,nk update secara point-point je la..malas nak mengarang ayat..tengok tu..malas sokmo..bile masa la aku rajin kan;D

・sabtu minggu lepas en arip telah open table di red lobster..perghh!!sedap lagi mengenyangkan...
gochisousamadeshita=))

・dengan perut yang kekenyangan tu,aku terus gi takao..bertemu kawan-kawan bergosip=))

・hari ahad esoknya, makan-makan ala2 kenduri di umah mc ah..akhirnya dapat gak aku makan sardin...oishikatta=))

・masih lagi dengan perut yang kenyang, kami menuju ke Minami Oosawa..shopping la beb..ape lagi kan=))

・setelah bertungkus lumus 7 kali..maka dengan itu tanggal 090709, aku telah berjaya!!! yeayyyyy!!alhamdulillah=))

・oleh yang sedemikian, pada hari ini buat pertama kali nya aku pergi office sendirian..begitu juga ketika pulang dari office..nanka...samishiii ki ga suru=((

・pagi-pagi takde dah nak borak-borak dalam bahasa melayu..bila petang pulak,takde dah aku nak melepaskan kebengangan aku bekerja dalam bahasa melayu..huhuhu..penat nye!!!!last-last memekak nyanyi kuat-kuat sorang-sorang!nasib baik waras lagi...

ok lah..sape tak paham isi kandungan entry nih..sila pm saya ye..=P



::kami ketika itu::



Tuesday, June 23, 2009

|jauh di mata dekat di hati~|

Tadi balik dari kombini, aku jalan belakang sorang budak lelaki yang berbadan besar..lingkungan umur 12 tahun camtu kot..tetiba teringat kat abang..rindu la plak kat abang..asal nampak je budak2 yang bersize lebih kurang macam abang,confirm aku jadi rindu dekat abang..huhu..

rindu nak peluk dia kuat-kuat walaupun tak muat satu peluk..hihi..pastu cubit pipi dia sampai merah..kakak yang suka membuli..hahah

rindu nak geletek-geletek dia sampai terbaring-baring pastu minta ampun kat aku cakap along menang,abang kalah..hahah..

rindu nak tengok dia makan sambil bersusah payah nak bersila..sebab perut dia yang bulat..hahah..nak sangat makan depan tv kan=P

rindu nak dengar dia minta tolong aku tambahkan nasi kat dia..abang nak cepat besar la long..boleh blah=P....hehe

rindu nak tengok dia bersandar kekenyangan pastu sendawa kuat2..ish tak senonoh..

rindu rindu rindu..

Muhamad Haikal Haziq a.k.a Abang,

Selamat hari lahir yang ke-11
Moga abang menjadi anak yang soleh
Moga abang diberkati hidup di dunia dan di akhirat..insyaAllah
dan semoga abang membesar dengan sehat dan kuat..hehe..

called mama tadi..ingat nak cakap dengan abang,tapi dia tido la plak..pastu tanya mama,abang ingat tak birthday dia hari ni..mama kata..semalam dia bising-bising cakap esok hari jadi dia..tapi tadi balik sekolah senyap je..lupa la tuh..hahaha

abeslah ayah kena blanja KFC le gamak nye~=P




Wednesday, June 17, 2009

|langit tak selalu cerah...|

Why susah sangat nak convert feelings to words well ek??
☆☆☆

I have been having a hard time updating my blog this past week, not for lack of anything to post but because I lack the words to express what I have been feeling lately..dah tulis half,delete..tulis lagi delete..haishh
☆☆☆

I tend to be quiet sometimes and orang kata sebab I am shy or moody..which is kadang-kadang betul, or kadang-kadang aku memang tak tahu nak cakap apa sebenarnya..
And there are times when I am very talkative, cakap macam tak reti-reti nak berhenti..but that’s usually because I’ve been storing up the information for a long time..nama pon reporter gossip kan cik lely kan??hehh..dan juga bila tetiba aku become hyper..hehe=D
☆☆☆

Ok..Kadang-kadang tanpa kita sedar, words yang kita gunakan tu boleh melukakan hati orang lain..bak kata orang puteh; The pen is mightier than the sword
So, please choose your words wisely..
☆☆☆
Tapi ada orang kata, that’s your blog..so,you can write whatever you feel like writing!...ermmm..tepuk dada tanya selera la..

☆☆☆
Maybe I am sooo perahsia;
bukan sebab susah nak convert feelings to words tapi sebab memang tak nak converts those feelings to words..

entah lah
I feel so 'mendung'...

Monday, June 15, 2009

|buah cempedak di luar pagar..|


ambil galah tolong jolok kan..
saya budak baru belajar..
kalau salah tolong tunjuk kan..



piwiittt..

pantun la plak kan..heh..

saja je nak bagi intro ala2 traditional gituuu..

nih nak tepek gambar aku belajar camna nak spray spring dengan pak met sabtu lepas..

seronok la juga main spray2 nih..daripada duduk mengadap pasokon dari pagi sampai ke petang kan..

pak met menunjukkan skill ala2 pro^^


ok,aku buat yang kecik2 je..test power dulu..hehe^^


kesimpulan yang boleh di simpulkan di sini ialah;

menuntut la ilmu sebanyak mana yang mungkin..tak kesah la ilmu pape pon..oit,ilmu hitam tak boleh ye!sile fikir yang mana baik dan yang mana tak baik k=))



lepas ni nak belajar cabut tayar plak la..untuk kegunaan masa depan orang kata...=))


Wednesday, June 10, 2009

|i dont want to miss a thing...|


ok saya akan pulang ke Malaysia 21 - 26 Julai ini atas urusan kerja..eceh..btol tak tipu..
tapi saya akan berada di rumah 24 & 25 Julai sahaja=((

maka dengan itu saya kena listkan baaaaanyyyyykkkkk makanan yang perlu dan harus di makan ketika berada di Malaysia...

maji tak kesah kalori ke hape ke..yang penting ngappp~!=))

sebabnye Ogos nanti dah nak puasa kan..hah!!korang dah habis ganti puasa blom???alamak cakap orang plak..saya ada 3 hari lagi ni..adussss...

pastu raya nanti InsyaAllah beraya di Malaysia juga..ya bedabedu~!!=))
yang ni haruskah saya sediakan duet raya???oh, tidakkkkk!kempes purse ku..tapi takpe la setahun sekali..sorang singgit sudah le..hahahahhaha..

okes lah..saja curik2 hupdate blog sementara kyaku san datang office nih..naseb baek kyaku san ni seorang yang sempoi dan tidak skema;D

till then~

saikin,tak ghairah la nak hupdate blog..rase lemau semacam..huhuhu


Tuesday, June 02, 2009

|ramblings for the day..|

sekejap je dah masuk bulan 6 kan..cepat betul masa berlalu..teringat bulan 6 tahun lepas masa aku duduk sorang2 kat Hiroshima..sungguh la sabishi tak henggat nye la..bulan tu juga la bulan kesedihan..bukan bulan chenta cam lagu dangdut tu okehh=D

tapi tu semua dah jadi kenangan..sekarang banyak yang telah berubah..masa merubahkan semuanya..cewah!ayat harus lah berbunga bunga ye..hehe..

sekarang tidak la se sabishi dulu..kekadang je..time gedik2 homesick time tu la rasa diri sangat keseorangan..hahahha..sudah2 la dengan ayat tak boleh blah nih..=D

ok,kerja pon so far ok lah..cuma kena banyak train diri untuk menjadi lebih penyabar dan berfikiran positif..huhu..kalau dua2 ni takde alamatnye dah lama lah aku bungkus kain baju cabut balik mesia tanam kelapa sawit..heheh..ade sesiapa nak joint venture dengan aku??tapi aku nak jadi boss lahh..boleh??hahah=D

harus bersyukur la masih ada rezeki di bumi jepun nih..tapi sampai bila aku nak mencari sesuap nasi di sini??jawapan nya; i dont know yet..ecehhh..jawapan standard yang menepati piawai=D
bukan la aku tak hingin nak balik malaysia for good..tapi tak sampai seru lagi..nak buat camno kan??=D


adehhhhhhhhhhhhh...lapoooooonyeeeeeeee...bunyik-bunyik dan perut ku..

okay, you guys can breathe now,coz my ramblings end here today.

thank you for reading!

hehe=D


sungguh tak bermotif penulisan ku kali ini..*sigh*


saya rindu kamuuuuuu~





Friday, May 29, 2009

|ketawa penawar duka...boleh?|


Situasi 1:

Pak Met dengan Kawai cabut sticker Greedy tadi..

Ko sebut ape tadi?

Ape?Greedy?salah ke?dah tu sebut ape?

Hahahahhahaha! (evil laugh)
First time aku dengar orang sebut GReddy tu Greedy..


Mana aku tahu… (sambil garu kepala)

Hahahhahahah….sampai umah baru reda gelak…

Adussssss…kan dah kena….

Cuba try test korang sebut GReddy tu camne…


Situasi 2:

Lagi kereta ape?

GT9A..

GT9A??

Aah..GT9A..

Yakin je ko sebut..hahahhaha! (evil laugh)

Haa..GT9A tu ade kat Matsudo..

Maker mane tu>>>>GT9A

GT9A ka yo….

Yela2..aku salah sebut..sebenarnya CT9A..adoiiilaaaa..
Kan dah jadi bahan dah….

Pasrah...

Banyak lagi situasi sebenarnye…tapi itu lah yang menceriakan hidup kami yang selalu pressure dengan *tutttttttttt*


Esok malas keje!

Noktah.


Thursday, May 28, 2009

|back to normal~!|


akhirnya.....encik2 boss dah kembali ke tanah ari terchenta..

babai boss!bulan 7 nanti kita jumpa lagi ye!(owh,macam la aku nak jumpa sangat...=P)


********


oh ye,aku dapat award ni...sankyuu kepada pinky mama yang sangat bermurah hati=))

meh la nak tepek..orang dah memberi, kita kena la menerima nya kan..lagi-lagi kalo dapat beautiful girls award lagi uuuuuu...harus lah tepek!=P
syarat nak terima award:
1.pastikan jantina anda perempuan
2.copy award dan paste kat blog anda
3.nyatakan 7 sebab anda bangga jadi perempuan

7 sebab aku bangga jadi perempuan;

① dah semestinya sebab syurga tu di bawah telapak kaki ibu..

② perempuan yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya..

③ perempuan yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad..

④ perempuan yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka..

⑤ perempuan punya senjata terhebat adalah air mata..kuang kuang kuang..

⑥ perempuan kalo suka shopping..orang kata..ala, biasa laaa..nama pon dah perempuan..kalo lelaki??ade orang cakap camtu??takde kan...hahahha...jom shopping!=P

⑦ sangat banyak kalau nak senaraikan..lebih kurang sama je jawapan nye..gi le baca kat blog pinky mama ke..cik lely ke...hehhhh

okes,aku anugerahkan award ni kat cik puan ah yang berjaya jumpa blog sememeh aku nih=P

juga kepada cik azera yang sekarang sedang di lamun chenta..ecehhh..

tahniah kepada anda!=))

jangan segan silu terima award nih ye...

Saturday, May 23, 2009

|memori daun pisang~|


Disebabkan encik2 boss pergi Tokyo Drift kat Odaiba..maka dengan itu sepanjang hari ini aku free..maka, yeayyyy lagi!sungguh seronoksss=))

Hari ni aku nak buat karangan bergambar..maybe entry kali agak panjang..biasa lah kalo dah syok sendiri kan..lagi-lagi nak cerita memori-memori daun pisang nih..lalalalala=))






so, layannnnnn~~



ok2..sila gelak tengok gambar ni ye..aku bagi peluang kali ni jek..heheheh..actually aku tak banyak gambar masa baby..mama kata dulu makcik aku yang selalu amek gambar aku..ye la kan..zaman2 tengah famous dulu..hahaha..tapi bila aku tanya makcik aku, dia kata gambar tu banyak hilang..sebab dia banyak kali pindah2 umah..adoiii..tak boleh nak buat ape la kalo dah hilang kan..

gambar kat atas ni masa umur 5tahun kot..tu adik bawah aku, angah.masa tu dia 3tahun la kot..kitorang dulu memang rapat..ye la..beza umur pon 2tahun je pon..kalo raya mesti kitorang raya sama2 naek basikal tu..kira bapa buah rumah kitorang dah pegi..balik2 je terus kira duit raya..heheh..kecik-kecik kalo disuruh posing nak amek gambar sure aku dok diri tegak jek..lawak gile..alaaaaa..aku tahu korang pon same jek=P




gambar yang sebelah atas tu masa tadika..first time gi rombongan sekolah ke Zoo Melaka..masa tu aku ingat lagi..beria betol aku nak gi..tengok la botol air yang aku bawak tu..besar gedabak!pastu berat okayy~!tapi aku tak kesah pon masa tu..hahahha..ntah pape..dengan handbag(?)..neckbag kot..hahaha..pastu mama citer,lepas balik dari Zoo Melaka ni diorang tak larat nak dengar aku dok ulang citer benda yang sama..potpet2 jek..hahahah

gambar yang bawah tu pulak,masa darjah 1..aku jadi penolong ketua kelas masa nih..tu pasal boleh duduk sebelah cikgu..hihihi..start masuk darjah 1 ni la rambut aku asyik kena tarik je (start pakai tudung darjah 4)..tak kira la kawan2 ke cikgu ke..dengki btol..gerammmm..huhu
hahaha..gelak sat..dulu aku jadi leader tarian enang tau..tak boleh blah btol=P
tapi aku suka sangat involve aktiviti menari2 ni..seronok i cakap u..hihii..petang-petang lepas balik sekolah agama gi berlatih menari..kat umah pon berlatih sorang-sorang..pastu kena ejek dengan angah..hahah..siot jek..
ok, yang gambar bawah tu darjah 6 kot..dah start pakai tudung..tapi sangat selekeh..hehe..tak suka 'kelepet' tudung...huhu..masa tu gi beraya kat umah ustazah sekolah agama..dah berani naek bas sampai bandar..tapi kena ramai-ramai lah..masa ni pon pipi tak naek lagi..hahaha..modoritaiii~=P

gambar-gambar ni masa form 4 dan form 5 kat jasin dulu..baru aku perasan aku takde gambar-gambar dari form 1-3 kat muadzam pon..ishkk..teruk nya..=(
ni semua dengan my classmate la kan..kitorang ni kalo dah time gile..memang menggile..tapi bile time skema..skema abes..erkkk..ye ke nih..hahhaha=P

alaa..rindu la nak maen netball..series lama gile vavas la tak maen..huhuhu..rindunye!





dua gambar kat atas tu gambar kelas..haruslah skema kan..hehhe..yabai!aku ade tak ingat nama classmate ni..haaaa..sudahhhhh..tapi yang lelaki la..pompuan semua aku ingat..dont worry babe~!=))

gambar bawah; time grad..ahli-ahli blok G yang bestttt!hahahha..tapi awat la muka sedihhhh jekk??tak senyum langsung!tak bagusss nih..heheh



ok..yang ni pulak gambar masa jadi BWP yang sangat la 'berdisplin' kan..hahaha..aku pon tak tahu kenapa dulu aku nak jadi BWP ni..walhal aku tak suka ikut peraturan..ermmmm..entah lah..maybe sebab dulu aku pikir; ingat orang2 skema je boleh jadi BWP?..hahahha=P
maka nya..setiap kali meeting tu kalo aku tak kena perli adalah sesuatu yang tidak sah okay!cik lely tahu la camne keadaan aku masa tu..air mata ni cam murah gile time tu..nampak je aku ni cam ganas2 tapi very da sensitip lorrrr..adehhhhh=(



yang ni pulak masa lepas tengah tunggu result SPM..aku jadi minah kilang 2bulan lebih kot..masa ni kurus gile..bukan nak puji diri sendiri tapi kenyataan..mana tak nye kan..keje 12 jam berdiri jaga mesin..maji penat gile!first day keje ramai gak la perempuan2 laen kan..tapi second day tinggal aku dengan member aku ni je la pompuan..yang laen semua cabutsss!masa ni aku malas nak cari keje laen..so tahan kan aje lah..gambar ni diambil last day aku keje kat kilang tu..member2 aku soh cabut keje awal pastu gi makan-makan..konon nk celebrate la aku dapat masuk matrik pulau pinang..rindu plak rasanye keje kilang dulu..dengan mat2 indon,bangla,nepal,vietnam yang bapak punya ramai tu kan..oh ye,dulu aku ade peminat dari vietnam dan nepal tau..hakhakhak..kenangan btol~!=P



ni gambar masa buat persediaan nak gi Jepun kat KYPM Bangi..masa ni banyak kenangan yang perit kot aku rasa..bukan sebab perit ape pon..sebab pressure nak bagi lulus supaya boleh fly..letihhh..huhu..
tapi kalo bukan bab study seronok je..lagi-lagi kalo budak-budak jepun tu datang belajar skali dengan kitorang..walopon diorang datang sebulan je..tu pon dah cukup best..masa ni la diorang ajar perkataan2 yang tak sepatutnya..hahahha..

ok lahhh..dah penat nak type..huhu

so,korang nak bagi markah berapa ye karangan bergambar aku nihhh???=))

:berani tak letak gambar pakwe lame??hakhakhak=P:

Friday, May 22, 2009

|軽い話~?|


Fuhhhhh~
Lega sket sebab encik boss tak datang office harini..so,ade banyak masa nak hupdate blog..yeay~!=))

Semalam sakit gile kepala..apa lagi kan kalo bukan sebab pressure kerja yang boss bagi on da spot..balik keja pas mandi terus KO..memang tak layan langsung la perut yang berbunyi-bunyi minta di belai..huhhh..tido lagi penting=P

*****

Saikin kan, aku macam rasa confused dengan diri sendiri la..why ek??dah lama tak rasa macam ni..ermmmm aku nak explain pon tak reti..adehhhh..so, just keep it to myself je la kan..huhuhu

*****

Memang betul kan orang kata; kita hanya merancang, yang menentukan semuanya itu adalah Allah..rasa diri ni begitu kerdil..
Tapi itu bukan la alasan untuk kita tidak berusaha betul tak? Kalau tak ada usaha, macam mana Allah nak bantu kita..desyou?

So, motif??

Fikir sendiri la…malas nak elaborate…

*****

Kalau aku tulis entry yang korang tak faham, korang nak baca tak??hehehe..
Nanti korang kata aku syok sendiri plak=D
Alaaaa..sesekali boleh la ye..aku suka gak kalo korang tertanya-tanya jadah ape la yang aku dok merepek ni kan..hahahha..so, please bear with me a minute k=))

*****

Pernah tak korang tetiba je rasa berdebar-debar??bukan macam berdebar-debar sebab nervous boss nak datang..tu aku dah lali dah..tapi ni tak ada ribut tak ada angin tetiba rasa berdebar-debar…pelik kan..cepat-cepat,sape pernah rasa, meh la share dengan aku..kadang-kadang cuak gak..sebab dah banyak kali aku rasa cam tu..pe hal ntah..huhuhu

*****

Last but not least, meh aku tepek gambar omiyage aku dapat masa kyaku sama datang my office..chomeiiiii sangat..tapi agak manis lah..disebabkan semua dalam office ni tak suka makan manis, so, aku rembat la semua skali..hahahah (evil laugh=P)


:ナンカ、ヘンダナ~ドウスル?:

Monday, May 18, 2009

|title-less...|


hari ni sangat la terasa ke 'monday blues' an nye..sangat la tak bersemangat nak melakukan tanggungjawab sebagai pekerja nih..adehhhhh..sekeh kepala baru tahu!huhu


sebabnya; badan sangat letih dan mata sangat berat (sile baca sebagai mengantuk ye..)

ini gara-gara aktiviti berfoye-foye di hujung minggu la nih..memang tidak syak lagi..huhuhu


start dari sabtu lepas keje..sampai rumah 645pm gurai..mandi-mandi kerbau sket..720pm gurai bertolak ke Machida..nak tahu aktiviti apa malam tu??
meh cheq nak habaq...



gi tengok midnite movie kat atas tu lee..Angels & Demons..first time gi tengok midnite movie ni so agak kejakunan la sedikit kan..eh,bukan jakun..excited la bahasa sopan nye..heheh..

not bad la movie nih..tapi disebabkan keletihan bekerja di siang hari masih ade, awal2 citer tu agak blur la sket..ngantukkss punye pasal..adehhh..rugi-rugi=p

habis citer tu dah 215am gurai..pastu dok melepak-lepak di Machida, ronggeng-ronggeng makan okonomiyaki dan monjya, makan di restoran halal, lepak-lepak lagi...tup-tup..dah ahad malam..time-time macam ni la rasa masa tu berjalan cepat giler..bile time kerja,lambat cam siput la plak kan nak tunggu sampai kol 7pm..mengapakah????

bile dah sedar harini kerja, terpaksa la encik driver memecut Alphard syachou..dalam pecut-pecut tu pon ingat je kat mane ade camera kan..kalo tak ingat mahu le sampai surat chenta dari pak polisi..huhuhu..sampai rumah dah pukul 1220am..sangat la menggile meronggeng kali nih..pastu nak complaint penat le ngantuk le..huhhh..sape soh cari penyakit kan cik jue~!

tp saya sangat seronok meronggeng-ronggeng nih=))yeay~!

sape nak tolong basuhkan baju-baju yang penuh satu bakul kat umah saya tu, sile angkat tangan~~=P

next week boss datang sini..buhsan nye~!

Tuesday, May 12, 2009

|merapu,merapik,meraban~|

Pesanan buat diri sendiri:

1) Kurangkan tahap ke’BLUR’an diri
2) Jangan terlampau 純粋
3) Jangan silap sebut perkataan2 yang tak logik boleh salah sebut
.
.
.
.
.


Kalau taknak kena kutuk dan di ejek2 dan di perhebohkan oleh orang laen~!

Adehhh..mengong tol la Arep dengan Arop nih..apsal la kalo dengan depa nih tiga perkara diatas tu adalah perkara wajib berlaku pada aku sekarang nih??Nande darou??

Lepas tu ape lagi kan..bergelak berdekah dekah la mereka..haishhh!sabo je lah..

Tapi ada gak kebaikan nye..boleh lepas tension..hilangkan semak samun mengenai kerja..gelak-gelak menghilangkan kedut di muka..heheheh

Tapi kalo dalam satu hari sampai 4-5 kali kena gelak..memang dah parah lah kan..oh,tidak!nape saikin makin blur nih..yabaissu~!

Ok2..korang mesti pelik nape aku dok mention nama depa dua orang je kan kat blog aku nih??
tapi nak buat camne, muka melayu tu je lah yang aku dok tengok hari-hari..
Upppsss!!kadang2 hari ahad tak tengok..hahahha..

Dan Oppss!! Kami nih macam tiga beradik la..jangan pikir bukan-bukan tau..hahah


*selingan time keje takde je nih..satgi bile banyak keje gelabah ayam le jadinye*



Monday, May 11, 2009

|......|

Owh well, I'm 24 today and I kind of like it...
Being twenty four makes me feel dewasa but it doesn't seem so bad=))
I guess numbers really is not a big matter for me but being young at heart is all that matters...
Hehehe...


And...



Happy seventeen birthday to my sister, Farah Amira @ Uda~
May you have many more birthdays to come..
May you have all good things life has to offer..
May ALLAH SWT continue to shower blessings upon you...
And Good Luck in your SPM this year..
Have a wonderful day ahead! *HuGs*


Friday, May 08, 2009

|omedetou~|

❤お誕生日、おめでとう~❤
楽しい時がずっと続きますように。
健康に気をつけて、今後もよろしくです~☆

|my golden...sleep~|



Cuti Goldenweek yang lepas tak terasa pon ke 'golden' annya...sebab cuti tak sebanyak orang laen..tapi harus bersyukur tak boleh tamak-tamak..janji cuti..ayat menyedapkan hati..huhuh

Cuti kali ni cam mezurashi sket, sebab takde langsung plan yang menguja kan..rasa pelik dengan diri sendiri pon ada gak..just keluar gi Koshigaya Lake Town..Aeon terbesar kat nihon tuu..ingatkan jauh sangat la dari umah kan..rupa-rupa nya 30minit je naek densya..gi sorang-sorang je la tapi nya..sampai-sampai kat depan Aeon tu terkejut dan ala-ala terkesima gitu..mak datuk!besau giler!maen ikut je kaki nak berjalan ke mana..sampai laloq sket2..dengan manusia yang berduyun duyun tu..fuhhhh, berpeluh ketiak berhimpit himpit dalam kedai..=P


nak tahu lebih lanjut,sila google okehh=P

nak makan versi kenduri plak~~

Haaa..yang atas tu nasi minyak versi bujang..hahaha..dari minggu lepas lagi teringin benor le nak makan nasi minyak..tapi kena la tunggu cuti dulu..kalo tak tengok gambar je le..hihi..

tak berapa kawww la nasi dia..sebab guna beras nihon..sedikit lembik..pastu takde warna, sebab malas nak bubuh..ala makan sorang gurai..takyah warna2 nih..hehehe..lauk dia, daging masak kerutuk dengan acar saje..
daging masak kerutuk tu cam rendang kot..ada orang kata tu versi Timur..entah lah..sebab haritu terbeli rempah kerutuk tu yang maen buat je..janji sedap..hahah..konon..

masa masak nasi minyak ni, dia punya feeling tu cam buat kenduri..hahahha..siap bentang-bentang surat khabar lagi..semangat tol..tapi lepas dah siap masak, tuuu diaaa..banyak la pulak..padahal yang nak makan aku sorang..dah tu..ape lagi,sepanjang cuti dok melantak nasi minyak jek..hahahha..semalam baru habis licin semuanya..adehhhh..


bulan 6 takde cuti umum...nyampassss~!

Friday, May 01, 2009

|pantas...|

Aik cepatnya dah Jumaat...rasanya penat weekend lepas tak abis lagi dah datang weekend yang baru...

Betapa pantasnya masa berlalu sekarang ye.... Makanya, adakah ini bermakna ;

a) dunia ini berputar semakin cepat ?
b) aku semakin dekat dengan kematian ?
c) kiamat semakin hampir ?
d) aku dah bersedia ?

Hmmm.....dan masih lagi banyak perkara yang berlalu tanpa ada pengisian.....

|falsampah ku..|


Hidup ini berbagai ragam, nasib dan dugaan bermacam-macam,
hidup yang tidak punya gelombang adalah seperti bunga plastik yang tidak berbau.
Hidup mesti ada dramanya. Baru indah...

Monday, April 27, 2009

|mumbling...|

Sabtu: En arop open table..sebab besday boy..haruslah ber open table..muhahaha..makan dengan tamaknye..sampai lupe nk snap gambar..adehhh...pas makan,senak perut sampai nak jalan pon mengah..tak senonoh btol...
pengajaran; walopon makan free,haruslah beringat juge..jangan makan dengan syaitonnn..bak kata en arep..huhuhu..hampes..makan dalam btol=P

Ahad: Joined makan-makan kat umah kak pah..whoaaa..makan lagi..takde hal..nama pon perut lapan..haruslah banyak space lagi yang boleh di isi=))
menu: nasi beriani,nasi putih, ayam masak sambal, gulai terung, daging masak kari, sambal telur,ikan goreng,sambal belacan, bubur kacang hijau..dan banyakkk lagi sebenarnye..slurppppp..sedap gilo..
pastu,tapau sambal belacan kak pah..hikhikhik..padahal bukannye tak boleh buat sendriks..pemalas btol anak dara sorang nih...hahaha
pastu,dalam kereta bau sambal belacan baekkkk punya...huhuhu..naseb baek en arop tak tinggal kan aku dan sambal belacan itu tepi jalan..hakhakhak..selamattttt...=))

Isnin: Adoiiiiiii...nape malas benor le nak gi keje arinih~!!cepat le petang..nak balik!hukhukhuk

kesimpulannye: makan dan kerja adalah dua perkara yang berbeza..sangat-sangat berbeza...
sila la sedar wahai cik jue!


apsal GW aku sekejap jek..?nak gi holiday laaaaaa~!

Tuesday, April 21, 2009

|berbunga-bungaan~|


Disebabkan Ahad minggu lepas ahli kelab badminton tidak cukup,maka dengan itu aktiviti kelab badminton terpaksa dibatalkan dan ditunda pada masa akan datang..


yang benar,president..hahhaha

Maka dengan itu,aku pon menjoinkan la diri ke kelab bunga pulak bersama rakan-rakan yang nun jauh di Hachioji tuuhhh..kitorang gi melihat dan menikmati keshantekkan bunga bunga berwarna warni di showa kinen koen nishi tachikawa..huhhh..jenuh nak tulis nama koen nih=P

Dari seorang yang aktif henshin jadi minah bunga yang romancis gitu..bluwekkkk..ekekekeke

Lepas balik keje sabtu malam tu,dok pikir la nak bawak ape gi piknik nihhh..dok pikiaq2..campur tolak bahagi darab semua..maka dengan itu,kimeta buat karipap..haish,berapa nen buri la buat karipap nih..tapi sebenarnye,masa dok uli tepung tu pon cam was-was gak..biar betol nak buat karipap nihh..alaaaa leceh nye..banyak keje..hahahha..ngok ngek tol..boleh pulak pikir nak benti sekerat jalan jek..tak senonoh betol..last-last jadik la gak karipap..25 bijik..haaaa..kan baguih kalo sentiasa rajin camni..mak mentua pon suka..muahahha=P


hasil tangan..eh,bukan..hasil acuan..i tak reti kelim=P


ahli kelab bunga=))

kami dan bunga=))
kami lagi penting dari bunga..okehhh=P


kami,bunga dan keriangan~!

baju tema kami..tp ade org tu nk sama tema dgn org laen=P

punye la sonok sgt jd minah bunge,smpai tutup2 mata=))



p/s:pres,minggu nih jom la maen badminton~!