Friday, August 20, 2010

Bismillahhirrohmannirrohim...







sudah 2bulan tiada entry baru..suram betul..minta maaf ye..ketandusan idea untuk menghapdate..


dulu masa mula-mula tulis blog nih masa tension dengan research.tempat nih la digunakan untuk meluahkan rasa hati yang tertekan dengan progress research yang macam tak berjalan,kerisauan hati sama ada boleh grad atau tak.






itu 2 tahun yang lepas...sekarang ni isi blog pon dah macam rojak.ikut suka nak tulis apa kan.tiada yang specific.rasa macam nak tutup je blog nih.tapi takut menyesal pulak.nanti bila dah takde tempat nak tulis isi hati sibuk nak create blog baru pulak.






eh awal-awal dah membebel.hehe.






rasanya masih tak terlewat lagi nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.walopon dah 10 ramadhan dah.hehehe.semoga ramadhan kali ini dapat kita penuhi dengan amal ibadah sebaik baik nya.InsyaAllah.






mari menghapdate cerita secara point-point ye=))






1) kerja sejak dua menjak nih sangat memenatkan.sebab kena banyak settlekan barang-barang untuk dihantar ke US dan UK.tapi alhamdulillah atas bantuan rakan-rakan, kerja-kerja tu dapat diringankan.sebelum puasa lagi dah settle asingkan barang-barang.start puasa dah boleh syucyu untuk buat syorui pulak.tapi sampai sekarang barang tak dapat lagi nak dihantar sebab tersangkut kat forwarder dan kastam.haih.tu la salah satu sebab penat.penat sabarkan diri dengan karenah manusia yang macam-macam.geram pon ada.sabar je la kan.






2) akan pulang ke Malaysia untuk berhari raya 2sept-20sept.tiket sudah pun dibayar.Yeay!






3) lagi 22 days.kepada yang masih belum mengetahui, itu countdown untuk hari akad nikah.Ye,saya akan bernikah pada 12 sept nanti.InsyaAllah.mula-mula macam tak nak tulis pasal perkara tersebut di sini.tapi saya rasa masih ada rakan-rakan yang membaca blog ini belum mengetahui perkara itu.untuk mengelakkan fitnah dikemudian hari,saya cerita di sini.InsyaAllah kenduri pula akan dilangsungkan pada 1 Januari 2011.






4) persiapan saya untuk nikah ni biasa-biasa sahaja.banyak yang saya serahkan pada family di Malaysia untuk uruskan.saya kena memberikan sepenuh kepercayaan kepada family saya dan family pihak lelaki.bila kami pulang ke Malaysia nanti,kami just top up apa-apa yang kurang sahaja.doakan majlis kami ini berjalan dengan lancar ye kawan-kawan.






5) selepas pulang ke jepun semula,saya kena pindah rumah lagi.haritu baru je cakap tak nak dan serik dah untuk berpindah randah ni.tapi apa kan daya.semua tu di bawah pengetahuan saya.nasib baik la pindah rumah sebelah je.tapi still penat nak mengangkut barang-barang yang bukan nye sedikit itu.huhu.






rasanya itu sahaja buat setakat ini.






rasa skema pulak entry ni.hehehe.






selamat berpuasa ya.lepas nih entah bila la nak hapdate lagi.hehe.


Tuesday, June 08, 2010



ni dikira vandalism ke ek??=P

balik kerja semalam lepas parked kereta tengok-tengok jalan depan rumah tu penuh conteng-conteng.terasa chomel plak budak-budak ni lukis.ada bakat nih.heheh.

seronok jadi budak-budak kan.tak payah fikir complicated sangat.kalo nak conteng-conteng jalan pon conteng je la.rasa nya orang takde la nak marah kan.sebab tahu yang tukang conteng tu budak-budak.kecil lagi.cuba orang-orang dewasa yang conteng-conteng nih.mahu kena report kat polis.huhu.nampak sangat kan jurang antara budak-budak dengan orang dewasa ni.huhu.

bila dah jadi dewasa ni macam-macam kena fikir.kena fikir bukan untuk diri sendiri je.untuk orang lain pon kadang-kadang kena fikirkan juga.kena fikir kalau aku buat macam ni, result dia nanti kemungkinan macam ni.atau kalau aku tak buat macam tu, menyesal kot di kemudian hari.haaaa..kan ke complicated tu.haihhh.memang tak boleh la kalo tak fikir.

melalut pulak la gaya penulisan aku kali nih.chewahhh.macam la selama nih teratur.hahaha.

ok lah.mari kita sambung berfikir=))

Friday, June 04, 2010


pagi-pagi lagi dah lapaqqq!sindrom pelebaran betol la.lambat betul nak tunggu sampai pukul 12 nih.kalau minum air kamen rider dengan ultraman ni, agak-agak boleh kenyang tak?bimyou da ne...


macam-macam pattern la tin air gedegang kat nihon nih.kalau staf-staf malaysia datang nihon bukan main teruja lagi depa.hambik gambar siap.jakun la maksudnya kan.hahaha.takpa cheq paham=P

tetiba keluar bahasa utagha nooo.bukan apa.bila kami ngantuk dok dalam opis ni,mula la dok keluaq bahasa-bahasa utagha la, kelantan la, terengganu la.siap campuq-campuq dalam satu ayat.kira kami ni mempraktikkan 1Malaysia la ni.haha.lagi satu, ni boleh juga dikira sebagai persiapan bagi kami la kot-kot dapat jodoh orang dari negeri-negeri yang terlibat kan.hahaha.tak boleh blah betol punya alasan=P


Wednesday, May 19, 2010

memang tak istiqamah langsung la nk hupdate blog nih.kali ni bukan sebab malas.tahap kerajinan tu dah meningkat sedikit.tapi sebab takde idea menarik nak tulis.bosan la pulak tulis entry yang mengarut-ngarut ni kan.tapi apa nak buat.takde idea pon hupdate la jugak.takut rakan-rakan ku ketandusan sumber-sumber bacaan.hahaha.







first of all nak ucap terima kasih pada sesiapa yang wish birthday haritu.memang rasa birthday kali ni agak berbeza berbanding tahun-tahun yang sudah.banyak betul makan kek.kek made in malaysia, kek made in coco's, kek made in red lobster.perghhh, layannnn!terima kasih pada yang menaja.hehehe.dah 25 tahun.fuhhhhh.25 tuhh.ape la sumbangan yang dah aku lakukan sepanjang aku hidup ni ye?kena muhasabah diri balik nih.jangan dok huha huha je.umur ni panjang ke pendek ke kita tak tahu kan.rasa diri ni kerdil yang amat.tak payah la nak terang panjang lebar kat sini.masing-masing dah dewasa.ada akal untuk fikir mana yang baik mana yang buruk.lain la kalo ada budak-budak bawah umur yang dok baca blog aku nih.hahahha.






last week gak staff dari malaysia datang nihon.so, amik la kesempatan bawak diorang jalan-jalan.padahal diri sendiri yang nak berseronok.hehe.orang kata, lupakan sebentar ke stress an bekerja.orang kata la kan.hahaha.


yang paling seronok sekali dapat pergi disneysea.whoot whoot! dah 2nd time pergi pon rasa seronok gile.sebab orang tak ramai.tak payah nk queue lama-lama.rasa diri sendiri plak yang jadi pelancong.haha.macam kanak-kanak pon ada.susah orang nak agak umur dah 25.kahkahkah.perasan=P






lagi satu yang syok nye, bawak staff-staff tu gi karaoke.free time.hamekkk.tapi sian kat diorang la kan.tak banyak nyanyi pon.kami yang bantai melalak tak hingat donia.hahaha.at least diorang ada pengalaman gi karaoke kat nihon.hehehh.padahal kat malaysia pon aku tak pernah gi karaoke.macam syokk je layan tangkap lentok nyanyi lagu melayu kan.feelingsss habiss.jiwangsss gitu=p






kesimpulan nya, last week sangat menghiburkan.sangat bermain-main.sangat kekenyangan.sangat banyak cakap melayu.sangat sikit buat kerja.hahaha.jadi nya this week kena la ganti balik masa bermain main itu dengan bekerja bersungguh sungguh.tapi ada masa hupdate blog.kahkahkah.pandai-pandai la curik masa kan.nak hiduppp=P






okes la.till then ye=))
 

Wednesday, April 28, 2010




tetiba rasa menarikss plak..yoroshiku ne=)

Monday, April 12, 2010

Selamat Hari Lahir, Mama~♫♪♬
Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia-bahagia selalu=))
Ma, Along sayang Mama!
Sayang Sanggggaattttt!!♡❤❥❦♡❤




****updated****




Sunday, April 11, 2010














masyuk layan gambar bunga bukan??

sekian laporan musim bunga tahun ini=))

Wednesday, April 07, 2010


rasa marah meluap-luap tapi tahan sampai rasa nak nangis!bengang dengan diri sendiri yang tak reti nak kawal emosi!
yappari, lepas keluar air mata baru lega.ntah hape-hape ntah!
eeeeee...emo tak pasal-pasal!geram tau!


For every minute you are angry, you lose sixty seconds of happiness. ~Author Unknown

perghh!membaziaqqqq!


Friday, April 02, 2010


uisssshhhh..lame benor le tak hupdate!busy memanjang..konon la kan..kehkehkeh.

takde ape yang nak di hupdate kan pon.kalau nk citer pasal keje nanti ter'mongku' la plak.kan dah berazam tidak mahu complain-complain pasal keje dalam blog nih.di alam nyata takpe.hahaha.


ecehhh.tertiba nak letak quote la pulak.hihi.sesekali kan.bila mood sengal dah datang.layan kan aje=P

memang saikin banyak sangat la buat benda-benda yang first time buat.seriously!yang selama ni tak terpikir pon akan buat.haip!bukan benda-benda yang tak senonoh ye kawan-kawan!=P

so, harap-harap benda tu akan jadi pengalaman yang boleh dibuat pengajaran di masa hadapan la.jangan dok buat pastu lupa tak ingat ape.harus la ketuk kepala sendiri!huhu.

sometimes bila buat benda tu rasa bangga dengan diri sendiri.bukan la nak membangga diri.tapi kita rasa macam 'wah,tak sangka sebenarnya aku boleh buat benda tu!'.haaa..paham dok??tak paham takpe.tak masuk exam pon=P

haish.konon-konon nye entry kali ni nak buat ala-ala ilmiah.tapi macam tak jadi je.nanka hen.haha.

yappari jibun rashi kunai naaa to omotte.ma ne.hito sore zore dakara ne.

ok la.saje curi-curi masa menghupdate ni.u know la kan.i ni kan busy=P.kahkahkah.

till then=)

Friday, February 19, 2010


Melepaskan gian bermain layang-layang.
Nanka..Natsukashi~~





Saya tahu, korang pon dah lama tak main layang-layan
g kan.hehhh



Tuesday, February 02, 2010

1. Attoiu ma ni...harini genap setahun kerja di Chiba.Pantas!Iro-iro benkyou ni natta.Senpai tachisss,arigatou~!

2. Semalam yuki turun.Chou kandou shita wa!Jakun sebentar.Pukul 11:30 malam sanggup turun nak main yuki.hihi.

3. Pagi tadi sampai jimusho, ada khemah patah.Maka kami bergotong royong la nak menyelamatkan kereta yang di bawah khemah.Nasib baik masih sehat walafiat si kereta itu.Kalo tidak, habislah mengamuk encik boss di sinun.hehh.

4. Bila si jejaka2 bergabung tenaga angkat khemah, aku curi tulang.Buat yukidaruma.hehehe.Tanoshikatta!Pastu, ntah macam mana boleh pulak main-main baling-baling yuki.Macam kanak-kanak.Tapi aku suka.Suka sebab boleh attack senpai.Dan secara tak sengaja terkena kepala.hahahha.Tu la.Buat dajal kat aku lagi.Kan dah kena;D
Kami start keje pukul 10 pagi.Sejam bermain yuki menyebabkan kasut dan stokin ku lencun.Maka sepanjang hari ini kaki ku sejuk.Oh, seksa nye.huhuhu.





Lepas ni, ada peluang lagi ke tak main yuki ek?ermmmmm...

Saturday, January 30, 2010

Hari ni Uda daftar kat PJ. Ayah dengan mama agak risau.Sebab mereka tak pasti sama ada pilihan Uda tu betul ke tak.At first aku ragu-ragu gak.Ye la kan.Uda ni manja sket.Eh, banyakkk ok!!5 tahun duduk asrama pon masih 'gembeng'.Every week nak suruh ayah datang.Nasib baik la dekat.Macam mana la kami ni tak risau.Haihh.Tapi bila fikir-fikir balik, biarlah Uda belajar kat situ daripada dok saje je kat rumah.Balik-balik gaduhhhh je dengan abang dan adik.Bising gile rumah.So, aku pon cakap kat ayah dan mama, doakan je yang terbaik untuk Uda.

Semalam aku called rumah.Yang lawak nye, ayah cakap ingat kan Uda je yang 'gembeng' dalam rumah ni.Rupa-rupanya, ada orang lain gak.MAMA!hahhhah.
Ayah citer;
Mama cakap kat ayah, sorang dah la jauh, ni lagi sorang pulak jauh.Pastu mencurah-curah ayaq mata mama keluar.Ayah dah tergamam.Tak tahu nak cakap ape.Pastu masa masak pon,mama boleh mengalirkan ayaq mata.Huhuhu.Ayah kena cakap perkara-perkara yang ceria je.hehehe.

Kesian mama.Biasa la kan.Hati seorang ibu.Mudah terusik.Dah la aku dengan Uda je anak perempuan.Dua-dua duduk jauh dari family.Mana la mama tak sedih.Bukan la kat rumah tu takde orang.Abang dengan adik je dah jadikan rumah tu riuh rendah.Mungkin sebab mama takde tempat nak citer hal-hal perempuan kot.Alaaaa..perempuan kan banyak cerita.Hehehhe.

Banyak pesanan aku kat Uda tadi.Harap- harap tak la masuk telinga kanan keluar telinga kiri kan.Mahu kene debik dengan aku nanti.Huhuhu.Yup,aku memang seorang kakak yang garang.Hehhhh


Sekian,cerita di malam minggu..Adios^^

Tuesday, January 05, 2010

esok dah start kerja.tiada lagi tidur selepas subuh, bangun sebelum habis zohor.huhu.
esok perlu bangun awal memandangkan cabaran nak gi jimusho agak hebat.kalau la jimusho sebelah rumah alangkah bahagia nya hidup.huhu lagi.

start esok, aku nak bekerja dengan lebih ikhlas. selama hampir setahun kerja kat kaisya ni, banyak betul monku.tu yang buat aku stress kot.so, kena latih diri untuk lebih ikhlas.buat kerja dengan penuh komitmen.walaupun aku tak gemar dengan gaya encik boss, kena kuat kan semangat.huhu.macam tak percaya aku boleh buat revolusi macam ni.woit,azam tahun baru nih!caya lah!hahaha.

so, kalo korang ada terbaca entry-entry yang aku tulis lepas ni monku pasal kerja, korang tolong piat telinga aku ok?!hehhhh







tapi kalo sampai satu tahap aku rasa bengang tak boleh blah dengan kerja-kerja aku, itik-itik seperti dalam gambar di atas akan menjadi mangsa aku.hahaha.actually gambar-gambar kat atas tu koen sebelah jimusho.banyak gile itik.rasa macam kat kampung.damai je.boleh layan jiwangss kalo free.hehhh.

tadi lepas habis kemas rumah ( rumah dah tak bersepah, jemputlah datang.hehe), gi pinjam basikal canggih jiran jalan-jalan kat koen dekat-dekat rumah.bagus betul tahun 2010 ni.hidup dikelilingi flora dan fauna.hahaha.




dah lama gile nak pergi jalan-jalan kat koen ni.tapi tak pergi-pergi.harini berbasikal dekat sejam.beriadah youuuu!best-best!koen ni masa haru, banyak gile sakura.cantikss.tapi tahun ni dapat ke aku berhanami?memandangkan kawan-kawan di hachioji dah sotsugyou nanti.sadis-sadis.eh, kak een jom nanti hanami kat sini ye.dekat je saya nak cop tempat=)

akhir kata, selamat bekerja buat diri sendiri=P
pada mc ah dan yana, syuron to happyou ganbatte ne~
yakin boleh!^^

Saturday, January 02, 2010

tahun baru yang tidak produktif...


asyik dok berkurung je dalam rumah yang masih penuh dengan kotak-kotak..

arghhhh~! bile nak habis kemas ni?!


jom jom..keluar hirup udara segar kat luar~

yosh!

eh, jap nak mandi dulu.hehhhhh...

Friday, January 01, 2010

hohoho...merry christmas...

eh silap la..happy new year people~!

akeome~!

sedar tak sedar dah masuk tahun 2010..maka umur pon bakal bertambah satu angka..i dont like~huhuhu.

tahun 2010 ni dimulakan dengan jimusho baru, rumah baru dan jiran-jiran baru.semalam dah settle angkat barang pindah rumah.penat gile!gile penat!mana tak nye baru habis kemas jimusho terus pindah rumah pulak.tingkat 3 pulak tu.shindokatta wa~!koshi itakatta.nampak sangat dah di mamah usia kan.stamina pon dah kureng.adehhh.tak nak pindah-pindah dah lepas ni.huhu.

siang tadi gi bantai tido pukul 12:30 tengahari baru tersedar.tu pon sebab jiran sebelah rumah called ajak makan.hahaha.punya la tido mati.hagham tak sedar langsung.nasib baik ada jiran yang prihatin.kah kah kah.

then, petang tadi start pukul 6:30 petang dok lepak-lepak dengan jiran sebelah rumah tengok waratte ikenai.bantai gelak tak hingat punye la.sakit perut,sakit rahang,sampai sakit kepala di buat nye.pastu jiran gi order pizza plak.macam nak celebrate new year la kekonon nye.order sampai 3 keping L size lagi ok.hahaha.hambek ko.pelahap betol masing-masing.tapi kira ok la kan.tak de la dok terkebil-kebil sesorang kat umah.hehh.





semoga tahun baru ni akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelum nya ye kawan-kawan^^

I wish you Health...
So you may enjoy each day in comfort.

I wish you the Love of friends and family...
And Peace within your heart.

I wish you Happiness and Joy...
And Blessings for the New Year.

HAPPY NEW YEAR~!