Tuesday, July 14, 2009

|何だろう?|

Hari tu dah puat point-point.Hari ni nak buat perenggan-perenggan pulak.


1) Ahad haritu, aku masak asam pedas ayam. Sebab malas nak beli ikan. Lagipon dah lama tak makan asam pedas ayam. Rindu la yang atuk masak. Paling sedap. Tak reti nak masak sesedap tu.huhu. Aku modified resepi. Aku campur terung.hahaha. Sebenarnya beli terung tu sebab nak letak dalam kari. Tapi boleh pulak aku ubah fikiran daripada nak masak kari jadi asam pedas. Belasah je lah. Jadi nya aku campurkan saje terung tu. Pemalas kan nak masak asing-asing. Uish,sedap jugak tau. Try la.


2) Semalam, tengok drama terbaru YAMAPI. Buzzer Beat. Kawaii. Kawaii sangat. Ke kakkoii?Mana-mana lah. Yang penting dapat cuci mata. Oooo gatal ko ye.hehe. Sesekali. Apa salah nye. Ingat lelaki saje boleh cuci mata? Silap tu. Drama ni agak menarik. Alaaa semua drama Yamapi berlakon adalah menarik.hikhik.


3) Drama Mr.Brain setiap hari Sabtu juga sangat menarik. KIMU TAKU berlakon. Cerita agak misteri dan kelakar. Rugi tau tak tengok.banyak gak info-info yang boleh kita dapat daripada drama ni. Kecuali perkara yang dia kata manusia ni asal nya dari monyet. Bongok sikit di situ.


4) Malam tadi buat pertama kali aku pasang kipas untuk summer tahun ni. Mungkin ada orang akan cakap, ‘Oit,ko baru pasang? Tak panas ke?’. Bukan la tak panas. Tapi aku prefer buka tingkap. Dingin angin malam. Masyuk.huhu. Tapi malam tadi takde angin. Cisss. Tak boleh tido la aku kalo panaih macam tu. Dalam mamai-mamai tu, aku selongkar kotak cari remote kipas. Ye. Kipas aku mengada. Kena on pakai remote. Nyampah. Nasib baik jumpa remote tu. So, aku pasang yang paling kuat. Dapat lah aku tido terbongkang sampai pagi. Bangun pagi tadi sakit tekak. Padan muka aku. Jangan selsema sudah. Nanti kena tahan kat airport. Ternganga tak boleh balik.


5) Pagi tadi, entah kenapa aku boleh pulak layan lagu-lagu melayu masa on da way nak pergi kerja. Natsukashi. Yang tak tahan nye, ada lagu SEKSA by UKAYS.haha. Aku gelak sorang-sorang. Mendayu-dayu sungguh la lagu tu. Tapi tetap layan. Seronok jugak. Tapi tak boleh dengar selalu sangat. Nanti muntah hijau.hihi.


6) Sejak kebelakangan ini, aku rasa tension dengan kerja. Tension tau. Nama je aku kerja di company jepun, syacou aku nihonjin. Tapi 'orang melayu' itu yang ada kuasa penuh. Aku tahu dia yang bayar gaji aku. Syukur alhamdulillah. Aku akan hormat dia kalo dia ikut dengan system bekerja di jepun ni. Kalo asyik nak ikut kepala dia saje, jangan la buat company kat jepun. Buat kat Malaysia sudah. Boleh jimat cost. Tak perlu lagi ko merungut mahal. Terlalu berbangga dengan MADE IN JAPAN. Dia tak tahu ke orang jepun nak jimatkan cost, diorang buat kilang kat China, Taiwan dan tempat-tempat lain? Ayah cakap, takpe. Itu pengalaman. Kita kena hormat ketua kita. Ye. Aku tahu. Kalo aku kutuk-kutuk dia pon buat tambah dosa je. Jadi aku kena kuat dan sabar. Jangan sampai aku kena darah tinggi atau sakit jantung dah le.Nauzubillah.


6 comments:

✿Cik_Azera said...

takpe..bersabar lah...
biase laa tuh, adat berkerja..
lagipun perlu excited kerana
kamu bakal pulang ke Msia,
walaupun sekejap..hehehe

juex said...

baeklah..marilah kita sama2 bersabar..mungkin ada hikmah di sebaliknya..kann?
kalo lah aku blk mesia tu bkn utk keja lg la excited smpai xleh tido mlm..hihi

-lord-lel-ly- said...

bersabar ye cik juex!!
saya yakin anda boleh!!

juex said...

thanks cik lely!
yakin boleh!
camne dgn interview ko??

Dyana Muz said...

mcm dh lame gile yamapi xberlakon drama kan dan ofkoss lah YAMAPI sgt cute kan!!ke kakkoi??mn2 pn mmg sgt seswai kan2..hihi

gambatte keje jue chan!!faito!!!

jue said...

ye betol!!
YAMAPI sgt kiut lagi kakkoii=D

hait...gambarimasssuuu~39=)