Saturday, January 30, 2010

Hari ni Uda daftar kat PJ. Ayah dengan mama agak risau.Sebab mereka tak pasti sama ada pilihan Uda tu betul ke tak.At first aku ragu-ragu gak.Ye la kan.Uda ni manja sket.Eh, banyakkk ok!!5 tahun duduk asrama pon masih 'gembeng'.Every week nak suruh ayah datang.Nasib baik la dekat.Macam mana la kami ni tak risau.Haihh.Tapi bila fikir-fikir balik, biarlah Uda belajar kat situ daripada dok saje je kat rumah.Balik-balik gaduhhhh je dengan abang dan adik.Bising gile rumah.So, aku pon cakap kat ayah dan mama, doakan je yang terbaik untuk Uda.

Semalam aku called rumah.Yang lawak nye, ayah cakap ingat kan Uda je yang 'gembeng' dalam rumah ni.Rupa-rupanya, ada orang lain gak.MAMA!hahhhah.
Ayah citer;
Mama cakap kat ayah, sorang dah la jauh, ni lagi sorang pulak jauh.Pastu mencurah-curah ayaq mata mama keluar.Ayah dah tergamam.Tak tahu nak cakap ape.Pastu masa masak pon,mama boleh mengalirkan ayaq mata.Huhuhu.Ayah kena cakap perkara-perkara yang ceria je.hehehe.

Kesian mama.Biasa la kan.Hati seorang ibu.Mudah terusik.Dah la aku dengan Uda je anak perempuan.Dua-dua duduk jauh dari family.Mana la mama tak sedih.Bukan la kat rumah tu takde orang.Abang dengan adik je dah jadikan rumah tu riuh rendah.Mungkin sebab mama takde tempat nak citer hal-hal perempuan kot.Alaaaa..perempuan kan banyak cerita.Hehehhe.

Banyak pesanan aku kat Uda tadi.Harap- harap tak la masuk telinga kanan keluar telinga kiri kan.Mahu kene debik dengan aku nanti.Huhuhu.Yup,aku memang seorang kakak yang garang.Hehhhh


Sekian,cerita di malam minggu..Adios^^

Tuesday, January 05, 2010

esok dah start kerja.tiada lagi tidur selepas subuh, bangun sebelum habis zohor.huhu.
esok perlu bangun awal memandangkan cabaran nak gi jimusho agak hebat.kalau la jimusho sebelah rumah alangkah bahagia nya hidup.huhu lagi.

start esok, aku nak bekerja dengan lebih ikhlas. selama hampir setahun kerja kat kaisya ni, banyak betul monku.tu yang buat aku stress kot.so, kena latih diri untuk lebih ikhlas.buat kerja dengan penuh komitmen.walaupun aku tak gemar dengan gaya encik boss, kena kuat kan semangat.huhu.macam tak percaya aku boleh buat revolusi macam ni.woit,azam tahun baru nih!caya lah!hahaha.

so, kalo korang ada terbaca entry-entry yang aku tulis lepas ni monku pasal kerja, korang tolong piat telinga aku ok?!hehhhh







tapi kalo sampai satu tahap aku rasa bengang tak boleh blah dengan kerja-kerja aku, itik-itik seperti dalam gambar di atas akan menjadi mangsa aku.hahaha.actually gambar-gambar kat atas tu koen sebelah jimusho.banyak gile itik.rasa macam kat kampung.damai je.boleh layan jiwangss kalo free.hehhh.

tadi lepas habis kemas rumah ( rumah dah tak bersepah, jemputlah datang.hehe), gi pinjam basikal canggih jiran jalan-jalan kat koen dekat-dekat rumah.bagus betul tahun 2010 ni.hidup dikelilingi flora dan fauna.hahaha.




dah lama gile nak pergi jalan-jalan kat koen ni.tapi tak pergi-pergi.harini berbasikal dekat sejam.beriadah youuuu!best-best!koen ni masa haru, banyak gile sakura.cantikss.tapi tahun ni dapat ke aku berhanami?memandangkan kawan-kawan di hachioji dah sotsugyou nanti.sadis-sadis.eh, kak een jom nanti hanami kat sini ye.dekat je saya nak cop tempat=)

akhir kata, selamat bekerja buat diri sendiri=P
pada mc ah dan yana, syuron to happyou ganbatte ne~
yakin boleh!^^

Saturday, January 02, 2010

tahun baru yang tidak produktif...


asyik dok berkurung je dalam rumah yang masih penuh dengan kotak-kotak..

arghhhh~! bile nak habis kemas ni?!


jom jom..keluar hirup udara segar kat luar~

yosh!

eh, jap nak mandi dulu.hehhhhh...

Friday, January 01, 2010

hohoho...merry christmas...

eh silap la..happy new year people~!

akeome~!

sedar tak sedar dah masuk tahun 2010..maka umur pon bakal bertambah satu angka..i dont like~huhuhu.

tahun 2010 ni dimulakan dengan jimusho baru, rumah baru dan jiran-jiran baru.semalam dah settle angkat barang pindah rumah.penat gile!gile penat!mana tak nye baru habis kemas jimusho terus pindah rumah pulak.tingkat 3 pulak tu.shindokatta wa~!koshi itakatta.nampak sangat dah di mamah usia kan.stamina pon dah kureng.adehhh.tak nak pindah-pindah dah lepas ni.huhu.

siang tadi gi bantai tido pukul 12:30 tengahari baru tersedar.tu pon sebab jiran sebelah rumah called ajak makan.hahaha.punya la tido mati.hagham tak sedar langsung.nasib baik ada jiran yang prihatin.kah kah kah.

then, petang tadi start pukul 6:30 petang dok lepak-lepak dengan jiran sebelah rumah tengok waratte ikenai.bantai gelak tak hingat punye la.sakit perut,sakit rahang,sampai sakit kepala di buat nye.pastu jiran gi order pizza plak.macam nak celebrate new year la kekonon nye.order sampai 3 keping L size lagi ok.hahaha.hambek ko.pelahap betol masing-masing.tapi kira ok la kan.tak de la dok terkebil-kebil sesorang kat umah.hehh.





semoga tahun baru ni akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelum nya ye kawan-kawan^^

I wish you Health...
So you may enjoy each day in comfort.

I wish you the Love of friends and family...
And Peace within your heart.

I wish you Happiness and Joy...
And Blessings for the New Year.

HAPPY NEW YEAR~!