Tuesday, January 05, 2010

esok dah start kerja.tiada lagi tidur selepas subuh, bangun sebelum habis zohor.huhu.
esok perlu bangun awal memandangkan cabaran nak gi jimusho agak hebat.kalau la jimusho sebelah rumah alangkah bahagia nya hidup.huhu lagi.

start esok, aku nak bekerja dengan lebih ikhlas. selama hampir setahun kerja kat kaisya ni, banyak betul monku.tu yang buat aku stress kot.so, kena latih diri untuk lebih ikhlas.buat kerja dengan penuh komitmen.walaupun aku tak gemar dengan gaya encik boss, kena kuat kan semangat.huhu.macam tak percaya aku boleh buat revolusi macam ni.woit,azam tahun baru nih!caya lah!hahaha.

so, kalo korang ada terbaca entry-entry yang aku tulis lepas ni monku pasal kerja, korang tolong piat telinga aku ok?!hehhhh







tapi kalo sampai satu tahap aku rasa bengang tak boleh blah dengan kerja-kerja aku, itik-itik seperti dalam gambar di atas akan menjadi mangsa aku.hahaha.actually gambar-gambar kat atas tu koen sebelah jimusho.banyak gile itik.rasa macam kat kampung.damai je.boleh layan jiwangss kalo free.hehhh.

tadi lepas habis kemas rumah ( rumah dah tak bersepah, jemputlah datang.hehe), gi pinjam basikal canggih jiran jalan-jalan kat koen dekat-dekat rumah.bagus betul tahun 2010 ni.hidup dikelilingi flora dan fauna.hahaha.




dah lama gile nak pergi jalan-jalan kat koen ni.tapi tak pergi-pergi.harini berbasikal dekat sejam.beriadah youuuu!best-best!koen ni masa haru, banyak gile sakura.cantikss.tapi tahun ni dapat ke aku berhanami?memandangkan kawan-kawan di hachioji dah sotsugyou nanti.sadis-sadis.eh, kak een jom nanti hanami kat sini ye.dekat je saya nak cop tempat=)

akhir kata, selamat bekerja buat diri sendiri=P
pada mc ah dan yana, syuron to happyou ganbatte ne~
yakin boleh!^^

Saturday, January 02, 2010

tahun baru yang tidak produktif...


asyik dok berkurung je dalam rumah yang masih penuh dengan kotak-kotak..

arghhhh~! bile nak habis kemas ni?!


jom jom..keluar hirup udara segar kat luar~

yosh!

eh, jap nak mandi dulu.hehhhhh...

Friday, January 01, 2010

hohoho...merry christmas...

eh silap la..happy new year people~!

akeome~!

sedar tak sedar dah masuk tahun 2010..maka umur pon bakal bertambah satu angka..i dont like~huhuhu.

tahun 2010 ni dimulakan dengan jimusho baru, rumah baru dan jiran-jiran baru.semalam dah settle angkat barang pindah rumah.penat gile!gile penat!mana tak nye baru habis kemas jimusho terus pindah rumah pulak.tingkat 3 pulak tu.shindokatta wa~!koshi itakatta.nampak sangat dah di mamah usia kan.stamina pon dah kureng.adehhh.tak nak pindah-pindah dah lepas ni.huhu.

siang tadi gi bantai tido pukul 12:30 tengahari baru tersedar.tu pon sebab jiran sebelah rumah called ajak makan.hahaha.punya la tido mati.hagham tak sedar langsung.nasib baik ada jiran yang prihatin.kah kah kah.

then, petang tadi start pukul 6:30 petang dok lepak-lepak dengan jiran sebelah rumah tengok waratte ikenai.bantai gelak tak hingat punye la.sakit perut,sakit rahang,sampai sakit kepala di buat nye.pastu jiran gi order pizza plak.macam nak celebrate new year la kekonon nye.order sampai 3 keping L size lagi ok.hahaha.hambek ko.pelahap betol masing-masing.tapi kira ok la kan.tak de la dok terkebil-kebil sesorang kat umah.hehh.





semoga tahun baru ni akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelum nya ye kawan-kawan^^

I wish you Health...
So you may enjoy each day in comfort.

I wish you the Love of friends and family...
And Peace within your heart.

I wish you Happiness and Joy...
And Blessings for the New Year.

HAPPY NEW YEAR~!



Saturday, December 26, 2009

penat dan lelah


aku pasrah....



nak cutiiiiiiiii~!



mood swing pagi2 buta nih.haihhh.



Friday, December 04, 2009




ni je la gambar momiji yang ada untuk aki tahun nih.
sadissss bukan?
jadi la daripada tak ada langsung.
boleh dijadikan kenangan bila dah balik Malaysia foor good nanti.
tapi bila la nak balik tu kan.
jeng jeng jeng......;D


Monday, November 30, 2009

Setiap kali isnin je mesti mood bekerja tiada.bukan masa kerja je.dolu-dolu masa sekolah pon, malas betul la nk gi class or kenkyu.tak bersemangat langsung.haih.sebab baru naik cuti kot.sedap sangat dok goro-goro kat umah.lagi-lagi time sejuk-sejuk ni kan.pergh!nikmat betol duduk bawah kotatsu.

Tapi kan, nih nak citer nih.dolu-dolu masa zaman muda belia (bukan nak cakap sekarang dah tua,tapi matured.kahkahkah), nak bagi perasaan membuak-buak nak gi kelas, kami (bukan aku sorang okeh) cari pemangkin.haha.tahu tak maksud pemangkin tu ape?sila la google pada sesapa yang tak tahu tu kan.istilah pemangkin bagi kami ni macam cari la seseorang yang boleh buat korang rasa bersemangat.kalo malas pon, at least bila nampak pemangkin ni timbul sket kerajinan.kahkahkah.pemangkin nih tak semestinya orang yang kita sayang,kasih or cinta.oh please la jiwang-jiwang ni kan.hahaha.orang yang korang respect pon boleh gak.contoh; cikgu.hahaha.sape yang jadi kan cikgu dia sebagai pemangkin ni, aku kagum lah.hahaha.tapi sorry to say la kan.aku tak pernah.hahaha.

Ok-ok.kalo dolu-dolu,pemangkin yang pernah aku jadikan pemangkin (ayat macam k*ling di sini) ni selalunya had hebat2 dalam akademik.ecehhh.tapi serius.dah lah hebat.cool pulak tu.so, bila dah macam tu, aku akan berkobar-kobar la nk gi kelas,pulun study.konon nak jadi hebat gak la macam dia.huhhh.harapan lah kan.hahhaa.masa kat JAD pulak,cari TA nihonjin yang kiut2 sket.jadikan pemangkin.hahaha.
Tapi jangan salah tafsir,bukan sebab gedik tau nak cari2 pemangkin nih.Saje main-main.yang penting kan niat.pergh!ayat menyedapkan hati.kuikuikui.

Hampir 90% bila ada pemangkin, kita rasa syok je buat sesuatu yang kita rasa berat nak buat.setuju?tak setuju?

Tapi,sekarang ni,siapa yang nak dijadikan pemangkin????????
Ohhhhhh.tensionnnnnnyeee!

*terpandang muka pemangkin,kemudian tunduk muka sambil blushing.kahkahkah.kenangan-kenangan;D*

Friday, November 20, 2009

Cuaca hari ni sangat cemerlang.


Subhanallah.Cantik sangat.


Balik dari hantar mc ah gi eki pagi tadi sangat la mabushii.Sampai tak nampak jalan.Hisashiburi langit cerah setelah beberapa hari mendung dan hujan.









Tapi sejukkk.Grrrrr!
Nak balik duduk bawah kotatsu boleh tak?huhu

Monday, November 16, 2009



hisabisa dapur di rumah ku berasap secara sempurna.huhuhu.
tengok la betapa rajin nya aku memasak di hari minggu.satu set lengkap okeh.ayam goreng berempah (credit to mc ah sebab bagi aku rempah ni;D).sayur goreng.sambal tumis.buah pon ade.i cakap kat you.hahaha.



bila dah siap semua tu rasa nak mengalir air mata.sebab tung tang tung tang bersilat kat dapur,kekkyoku makan sorang-sorang.adusss.sadisss.tapi orang kata tak elok bersedih depan rezeki.ape lagi kan.aku ngap la jugak siap bertambah lagi.sape kata takde selera makan sorang-sorang?kalau dah lapar tu ada aku kisah??hahaha.konon la kan.

so,ape motif letak gambar makanan nih?

nak bagi motivasi sikit supaya aku menjadi lebih rajin untuk memasak.Yezza!!

rasa berat bertambah 1kg nih.yabaii!

Wednesday, November 11, 2009



Shinjirarenai!!!


baru tengok the best house pasal perempuan2 yang hebat.
ada sorang pompuan tu asal dari keluarga miskin. dia berazam dan nak buktikan dia boleh jadi kaya.so,dia ceburi bidang fudosan(hartanah dakke?).dalam masa yang singkat dia dapat banyak keiyaku dari customer2 dia.orang lelaki pon kalah dan kagum dengan kehebatan dia.perempuan nih tahu company dia sangat bergantung harapan dengan keupayaan dia tarik minat customer.maka,dia berani ugut company dia supaya naikkan pangkat kalau tak dia akan bagi notis berhenti kerja 24jam.

dalam masa yang singkat dia berjaya pegang jawatan tinggi dalam company.tapi dia masih belom puas hati.nak jadi kaya lagi.

kemudian dia jumpa sorang lelaki yang kaya juga.ada harta lebih kurang 13oo億円!lelaki tu ada isteri tapi perempuan tu berjaya membuatkan lelaki tu buang isteri dan berkahwin dengan dia.apa lagi kan.berlipat kali ganda la harta perempuan tu!jadi syacou lagi.ada 23 buah hotel seluruh dunia!kalo nak tahu dia juga seorang ketua yang kuku besi.pekerja buat silap sikit je terus kubi!memang tak ada belas kasihan langsung!


nak di pendek kan cerita,kantoi la dia tak bayar tax.kalo kira-kira dalam 2tahun,dia tak bayar lebih 10億円!dia kata dia tak akan bayar tax.tax tu rakyat yang bayar.macam hagham tak?!

so,dia kena denda bayar bape puluh oku yen ntah.lupa plak.jawatan sachou pon kena tarik balik.

betul la orang kata,hidup ni macam roda.harini kita kat atas,esok lusa kat bawah pula.


bila suami dia mati,dia jadi pewaris semua harta pusaka suami dia.dan bila dicampur tolak,harta perempuan tu berjumlah 8000億円!!bapak banyak okehhh!!

bila perempuan nih mati,dia tulis wasiat dan hanya bagi sket je harta dia kat adik lelaki dan dua orang cucu dia.DAN..
13億円 dia bagi kat 愛犬dia!!!pastu balance 7000億円 lagi dia bagi kat persatuan yang ada kaitan dengan anjing kot.ntah tak reti nak translate organisasi tu dalam bahasa melayu.huhu.
tak ke bodoh tu??baka jyanai no??!!
baik bagi kat aku.ade gak faedah nye.hahahha.rasa macam membazir je.tak bagi aku pon,gi la derma kat orang yang memerlukan.boleh plak moto hidup dia;
duit aku,hanya untuk aku sahaja!

bongok!

kemut!

ceh emo plak aku nih=P

sebab geram takde duit banyak tu kan.hahaha

kesimpulan nya,perempuan ni hebat dari segi ape ye?

hebat sebab berjaya maju kan diri dia dari miskin sampai kaya raya?

hebat sebab boleh jadi ketua yang bertindak ikut suka terhadap orang bawahan dia?

hebat sebab berjaya kahwin dengan lelaki kaya?dan jadi pewaris harta berbilion bilion dolars?

atau hebat sebab wariskan harta dia dekat anjing belaan dia?

ntah hape hape ntah....

Tuesday, November 10, 2009

Hidup macam berjudi.Bezanya, judi takde usaha.Hanya serah pada nasib.Ade ong, success.Takde ong, muflis.

Hidup lain.Hidup kena ada usaha.Berdoa pada Tuhan.Dan tawakkal.

Contohnya macam hidup aku sekarang.Sedang memperjudikan hidup.
Untuk masa hadapan yang terang benderang.Atau kelam dan suram di kemudian hari.
Memang kita tak mintak kelam dan suram.Semua orang mahukan terang benderang.Tapi yakinkah kita tiada istilah kelam di malam hari?
Walaupun kita rasa kita sudah berada di landasan yang betul.Kita hanya mampu berdoa.Semoga yang kelam-kelam itu bisa dijauhi.Semoga yang kelam-kelam itu dapat kita tempuhi.Semoga yang kelam-kelam itu,kalau timbul,biarlah sementara,sebelum datang cahaya sederhana terang.Yang buat kita mampu tersenyum,untuk meneruskan kehidupan.


Entry di tulis;
Disebabkan kebuhsanan tahap gaban,
Kemalasan tahap ultraman,
Kemengantukan tahap cipan,
Kefokusan tahap kosong.