Saturday, October 10, 2009

|tuu diaaa...|




berzaman baru nak update.




blog ni di anak tiri kan.dasar mak tiri kejam.tak ambil peduli langsung.malang sungguh la pada sape-sape yang dok buka blog nih.kihkih.konon=P




dah hampir 2 minggu pulang semula ke nihon.masih homesick.sob sob.sedih.




ceh,drama je lebih tu.hehe.




kalo nak tahu,baju-baju dalam beg besar tu masih belom unpacked.alasannya mudah.tiada masa.sampai-sampai haritu tengahari terus kerja.weekend pulak gi open house.mana nak ada masa untuk mengemas.haha.alasan tak bernas sungguh kan.cakap je la malas.senang.memang pon.kerajinan tertinggal di malaysia.poyo.




kalo nak cerita pasal raya haritu, mahu berjela-jela la entry ni nanti.takut pembaca bosan.kita kena saling memahami.hihi.




so,buat rumusan je la.




raya tahun nih, sangat productive.suka.suka sangat-sangat.




productive sebab dapat buat banyak benda.jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah.yang dah 12 tahun tak jumpa.perghh!kandou!
then,first time pegi majlis pertunangan member.amik berkat skali.hehh.
tahniah ye Anis!!=))




tapi raya tahun ni pokai.nasib baik tak cuti sebulan.adoiii.takpe lah.rezeki budak-budak.huhu.




tahun nih, ramai sungguh kawan-kawan nak naik pelamin.ramai sungguh nak tukar status.yang dah kahwin toksah citer la.memang ramai.aku pulak sibuk je nak suruh diorang pos kad kahwin ke nihon.buat koleksi orang kata.alaaa,mahal sikit je kan.hikhik.thank you!=))




ni kad yang aku dapat.dua-dua nikah dan bersanding pada tarikh yang sama.majlis di pihak lelaki pon tarikh sama.nasib baik aku kat nihon.kalo tak,camne nak pegi dua-dua nih??hihi.
daripada soon-to-be-Mrs Bella.thanks Bell.Gold lagi uuu.kalo aku terdesak,boleh pajak tak card nih??haha.Oshiawaseni Bell and Ozal~=))

ni pulak, daripada soon-to-be Mrs Rini. kawan satu Felda.satu sekolah rendah.satu kelas masa darjah 6.Bakal suami dia pon ex-classmate kami juga dulu.dah jodoh kan.dulu mana nak tahu dia tu bakal suami kita.macam tak percaya kan.hihi.semoga berbahagia selalu ye Rini dan Kirat=))

ok la.sejuk la jari jemari i ni menaip.huhh.alasan lagi.=P

haritu pakcik tanya; along bila cik nak mkn nasi minyak ni?cik teringin la nk mkn ns minyak...

aku; kalo teringin, masak sendiri la! (dalam hati je la tapi nye..huhu)

Tuesday, September 15, 2009

|buhbye~;D|

esok, saya balik malaysia dulu ye=D

di kesempatan ini saya nak mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

makan sedap-sedap hari raya nanti jangan lupa kat saya ok..walapon bile saya dah mentekedarah nanti, saya tak ingat kat sesapa pon..hehehehhe

lagi satu, berhati-hati di jalan raya.pandu cermat jiwa selamat.jangan bawa macam pelesit.sayangi la nyawa anda dan orang-orang yang anda kasihi.

tuuu diaaaa.macam pesanan penaja.hihi.

see you after raya.InsyaAllah=))

hancuss la program diet ku nanti..maa ii ka;P

Wednesday, September 09, 2009

|yatta~!!|

confirmed balik Malaysia 16hb-30hb!!;D



hoyeayyy!hoyeayyyy!V(^-°)



lagi seminggu je lagi..boleh start packing dah nih..tapi biasa lah..malas mengatasi segalanye..ekekeke

tapi baju raya takde lah..sadis tol..pakai t-shirt dengan jeans pon boleh raya gak kan=P









ok..patutnya gambar tu kena tukar kapal terbang..kuikuikui

aku dengar macam ramai je nak bertunang harini..almaklumlah nombor chantek..090909..

hahaha...bertunang lepas buka pose menarik juga kan;D

oit2!!nak jugak!!=P

raya nanti jemput la datang umah i~=))

Saturday, September 05, 2009

|picture is worth a thousand words~|











*sebenarnya malas nak bercerita.hehehe*

Friday, September 04, 2009

|damai~|

rasa damai je bila pagi-pagi tengok sawah padi yang keemasan.dengan langit yang cerah.cuaca yang baik.nak pergi keje pon rasa ringan je hati.


perghhh.cukup damai.lagi tenang.boleh senyum sorang-sorang.aku suka.


ciptaan Allah sangat cantik kan.Subhanallah.




sila abaikan kualiti gambar yang kurang ummpphh.salahkan keitai aku yang cabok itu.hehe.

ada sape-sape nak sponsor iPhone tak?kihkih.


Monday, August 31, 2009

|hisashiburi~|

tuuu diaaa.kronik sungguh la tahap kemalasan aku nak update ni.hehe.

banyak sangat menda berlaku sepanjang 2 minggu lepas.tapi macam citer dah basi kan.so,cerita yang lastest saje la ye.hihi.

semalam, aku pergi Ebisu Circuit, Fukushima.sebab nak tengok Drift 1.first time pegi,so sangat excited.hehe.kaisya aku jadi sponsor RE-Amemiya Team.Drifter; Suenaga Sensyu.Semalam adalah round 6.Sabtu round 5.Suenaga sensyu jadi johan round 5.Kami sangat tak sangka dia boleh johan lagi untuk round 6.2 hari berturut-turut johan!Kakkoyokatta!!!rasa sangat tak rugi pergi jauh-jauh.dengan hujan nye.sejuk tak payah cakap la.macam fuyu.aku dah menggigil-gigil.mulut pon kuar asap uuu.tapi memang fun!aku dah jatuh hati pada suenaga sensyu.oppss,ada kena baling kasut dengan bini dia ni kang.hahaha.

aku terpaksa korbankan baju keje aku sebab nak suruh suenaga sensyu sign.gile tak?tak kan?haha.so,baju tu kalo dah pakai aku tak akan basuh.febreze sudah.kihkihkih.

gambar-gambaran aku upload kemudian ye.sebab sekarang aku malas.like u dont know me je.hehe.

sekarang tengah pikir, kat Fuji Speed Way nanti nak pegi lagi ke tak ek??ermmmmm. pikir jangan tak pikir..=D

oh ye.korangggg.

SALAM MERDEKA YANG KE-52~!

nanti kalo aku tak wish, ade plak kata aku tak sayang kan negara sendiri.hihi.



いい思い出ができて、良かったね~

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan buat semua.mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah daku lakukan.moga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik-baik nya.InsyaAllah.

Monday, August 03, 2009

|oh akhirnya...|

aku update gak blog nih.

aku tahu ramai yang rindu.hehe.takpe.aku suka korang rindu kat aku.no problem at all bebeh=p

lepas balik dari malaysia,aku sangat busy.busy ok.penat.nak check email pon kadang-kadang tak sempat.masa untuk aku mengulor time keje sangat terhad.hihi.ok.sebenarnye aku malas.bagi macam-macam alasan pon korang bukan nak caya kan??haha.

attention to mc ah: aku takde nafsu nak update pasal abang.nanti aku homesick.so,aku houryu dulu ye.satu je aku nak habaq kat sini; abang dah sama tinggi dengan aku.tak aci ok?!arggghhhh!ok aku mengaku aku pendek.hukhukhuk.tak nak kawan abang=(

next week member aku yang baru grad dari rusia nak datang jepun.5 orang uuuu.doktor semua tu.jadinya aku nebes.ala-ala menteri nak datang melawat umah aku.hikhik.sebelum-sebelum ni takde siapa pon pernah tido kat umah aku lama-lama.maka logik la aku nebes kan.haha.semalam aku telah memborong bantal dan barang-barang lain.almaklumlah,selama nih bujang.semua benda seketul.tapi yang tak syok nye,encik-encik boss pon datang minggu yang sama.aduyaiiii.bijak sungguh timing anda.flying kick boleh?geram tau.takpe la.yang penting aku dah bagitau syacho.aku pon nak pinjam wish syacho.harap-harap syacho kigen ii.nanti boleh aku belanja syacho ice cream.hehehe.

kawan-kawan lain taknak datang umah aku ke??mari lah.memeriahkan suasana.nanti boleh aku syoukai kan dengan my abang-abang.sekarang dah tambah lagi dua orang.maka sekarang aku ada 4 orang abang.merasa la juga jadi adik.hahahaha.

dah lah.tak tau dah nak tulis apa.

dah terubat ke rindu??

ok perasan macam ramai pembaca la tu konon nye...=D

till then.


rindu dia~

Tuesday, July 14, 2009

|何だろう?|

Hari tu dah puat point-point.Hari ni nak buat perenggan-perenggan pulak.


1) Ahad haritu, aku masak asam pedas ayam. Sebab malas nak beli ikan. Lagipon dah lama tak makan asam pedas ayam. Rindu la yang atuk masak. Paling sedap. Tak reti nak masak sesedap tu.huhu. Aku modified resepi. Aku campur terung.hahaha. Sebenarnya beli terung tu sebab nak letak dalam kari. Tapi boleh pulak aku ubah fikiran daripada nak masak kari jadi asam pedas. Belasah je lah. Jadi nya aku campurkan saje terung tu. Pemalas kan nak masak asing-asing. Uish,sedap jugak tau. Try la.


2) Semalam, tengok drama terbaru YAMAPI. Buzzer Beat. Kawaii. Kawaii sangat. Ke kakkoii?Mana-mana lah. Yang penting dapat cuci mata. Oooo gatal ko ye.hehe. Sesekali. Apa salah nye. Ingat lelaki saje boleh cuci mata? Silap tu. Drama ni agak menarik. Alaaa semua drama Yamapi berlakon adalah menarik.hikhik.


3) Drama Mr.Brain setiap hari Sabtu juga sangat menarik. KIMU TAKU berlakon. Cerita agak misteri dan kelakar. Rugi tau tak tengok.banyak gak info-info yang boleh kita dapat daripada drama ni. Kecuali perkara yang dia kata manusia ni asal nya dari monyet. Bongok sikit di situ.


4) Malam tadi buat pertama kali aku pasang kipas untuk summer tahun ni. Mungkin ada orang akan cakap, ‘Oit,ko baru pasang? Tak panas ke?’. Bukan la tak panas. Tapi aku prefer buka tingkap. Dingin angin malam. Masyuk.huhu. Tapi malam tadi takde angin. Cisss. Tak boleh tido la aku kalo panaih macam tu. Dalam mamai-mamai tu, aku selongkar kotak cari remote kipas. Ye. Kipas aku mengada. Kena on pakai remote. Nyampah. Nasib baik jumpa remote tu. So, aku pasang yang paling kuat. Dapat lah aku tido terbongkang sampai pagi. Bangun pagi tadi sakit tekak. Padan muka aku. Jangan selsema sudah. Nanti kena tahan kat airport. Ternganga tak boleh balik.


5) Pagi tadi, entah kenapa aku boleh pulak layan lagu-lagu melayu masa on da way nak pergi kerja. Natsukashi. Yang tak tahan nye, ada lagu SEKSA by UKAYS.haha. Aku gelak sorang-sorang. Mendayu-dayu sungguh la lagu tu. Tapi tetap layan. Seronok jugak. Tapi tak boleh dengar selalu sangat. Nanti muntah hijau.hihi.


6) Sejak kebelakangan ini, aku rasa tension dengan kerja. Tension tau. Nama je aku kerja di company jepun, syacou aku nihonjin. Tapi 'orang melayu' itu yang ada kuasa penuh. Aku tahu dia yang bayar gaji aku. Syukur alhamdulillah. Aku akan hormat dia kalo dia ikut dengan system bekerja di jepun ni. Kalo asyik nak ikut kepala dia saje, jangan la buat company kat jepun. Buat kat Malaysia sudah. Boleh jimat cost. Tak perlu lagi ko merungut mahal. Terlalu berbangga dengan MADE IN JAPAN. Dia tak tahu ke orang jepun nak jimatkan cost, diorang buat kilang kat China, Taiwan dan tempat-tempat lain? Ayah cakap, takpe. Itu pengalaman. Kita kena hormat ketua kita. Ye. Aku tahu. Kalo aku kutuk-kutuk dia pon buat tambah dosa je. Jadi aku kena kuat dan sabar. Jangan sampai aku kena darah tinggi atau sakit jantung dah le.Nauzubillah.


Friday, July 10, 2009

|tak tahu nk ltk title ape..|

maji lama tak update blog nih..malas betul!
so,nk update secara point-point je la..malas nak mengarang ayat..tengok tu..malas sokmo..bile masa la aku rajin kan;D

・sabtu minggu lepas en arip telah open table di red lobster..perghh!!sedap lagi mengenyangkan...
gochisousamadeshita=))

・dengan perut yang kekenyangan tu,aku terus gi takao..bertemu kawan-kawan bergosip=))

・hari ahad esoknya, makan-makan ala2 kenduri di umah mc ah..akhirnya dapat gak aku makan sardin...oishikatta=))

・masih lagi dengan perut yang kenyang, kami menuju ke Minami Oosawa..shopping la beb..ape lagi kan=))

・setelah bertungkus lumus 7 kali..maka dengan itu tanggal 090709, aku telah berjaya!!! yeayyyyy!!alhamdulillah=))

・oleh yang sedemikian, pada hari ini buat pertama kali nya aku pergi office sendirian..begitu juga ketika pulang dari office..nanka...samishiii ki ga suru=((

・pagi-pagi takde dah nak borak-borak dalam bahasa melayu..bila petang pulak,takde dah aku nak melepaskan kebengangan aku bekerja dalam bahasa melayu..huhuhu..penat nye!!!!last-last memekak nyanyi kuat-kuat sorang-sorang!nasib baik waras lagi...

ok lah..sape tak paham isi kandungan entry nih..sila pm saya ye..=P



::kami ketika itu::