Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan buat semua.mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah daku lakukan.moga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik-baik nya.InsyaAllah.

Monday, August 03, 2009

|oh akhirnya...|

aku update gak blog nih.

aku tahu ramai yang rindu.hehe.takpe.aku suka korang rindu kat aku.no problem at all bebeh=p

lepas balik dari malaysia,aku sangat busy.busy ok.penat.nak check email pon kadang-kadang tak sempat.masa untuk aku mengulor time keje sangat terhad.hihi.ok.sebenarnye aku malas.bagi macam-macam alasan pon korang bukan nak caya kan??haha.

attention to mc ah: aku takde nafsu nak update pasal abang.nanti aku homesick.so,aku houryu dulu ye.satu je aku nak habaq kat sini; abang dah sama tinggi dengan aku.tak aci ok?!arggghhhh!ok aku mengaku aku pendek.hukhukhuk.tak nak kawan abang=(

next week member aku yang baru grad dari rusia nak datang jepun.5 orang uuuu.doktor semua tu.jadinya aku nebes.ala-ala menteri nak datang melawat umah aku.hikhik.sebelum-sebelum ni takde siapa pon pernah tido kat umah aku lama-lama.maka logik la aku nebes kan.haha.semalam aku telah memborong bantal dan barang-barang lain.almaklumlah,selama nih bujang.semua benda seketul.tapi yang tak syok nye,encik-encik boss pon datang minggu yang sama.aduyaiiii.bijak sungguh timing anda.flying kick boleh?geram tau.takpe la.yang penting aku dah bagitau syacho.aku pon nak pinjam wish syacho.harap-harap syacho kigen ii.nanti boleh aku belanja syacho ice cream.hehehe.

kawan-kawan lain taknak datang umah aku ke??mari lah.memeriahkan suasana.nanti boleh aku syoukai kan dengan my abang-abang.sekarang dah tambah lagi dua orang.maka sekarang aku ada 4 orang abang.merasa la juga jadi adik.hahahaha.

dah lah.tak tau dah nak tulis apa.

dah terubat ke rindu??

ok perasan macam ramai pembaca la tu konon nye...=D

till then.


rindu dia~

Tuesday, July 14, 2009

|何だろう?|

Hari tu dah puat point-point.Hari ni nak buat perenggan-perenggan pulak.


1) Ahad haritu, aku masak asam pedas ayam. Sebab malas nak beli ikan. Lagipon dah lama tak makan asam pedas ayam. Rindu la yang atuk masak. Paling sedap. Tak reti nak masak sesedap tu.huhu. Aku modified resepi. Aku campur terung.hahaha. Sebenarnya beli terung tu sebab nak letak dalam kari. Tapi boleh pulak aku ubah fikiran daripada nak masak kari jadi asam pedas. Belasah je lah. Jadi nya aku campurkan saje terung tu. Pemalas kan nak masak asing-asing. Uish,sedap jugak tau. Try la.


2) Semalam, tengok drama terbaru YAMAPI. Buzzer Beat. Kawaii. Kawaii sangat. Ke kakkoii?Mana-mana lah. Yang penting dapat cuci mata. Oooo gatal ko ye.hehe. Sesekali. Apa salah nye. Ingat lelaki saje boleh cuci mata? Silap tu. Drama ni agak menarik. Alaaa semua drama Yamapi berlakon adalah menarik.hikhik.


3) Drama Mr.Brain setiap hari Sabtu juga sangat menarik. KIMU TAKU berlakon. Cerita agak misteri dan kelakar. Rugi tau tak tengok.banyak gak info-info yang boleh kita dapat daripada drama ni. Kecuali perkara yang dia kata manusia ni asal nya dari monyet. Bongok sikit di situ.


4) Malam tadi buat pertama kali aku pasang kipas untuk summer tahun ni. Mungkin ada orang akan cakap, ‘Oit,ko baru pasang? Tak panas ke?’. Bukan la tak panas. Tapi aku prefer buka tingkap. Dingin angin malam. Masyuk.huhu. Tapi malam tadi takde angin. Cisss. Tak boleh tido la aku kalo panaih macam tu. Dalam mamai-mamai tu, aku selongkar kotak cari remote kipas. Ye. Kipas aku mengada. Kena on pakai remote. Nyampah. Nasib baik jumpa remote tu. So, aku pasang yang paling kuat. Dapat lah aku tido terbongkang sampai pagi. Bangun pagi tadi sakit tekak. Padan muka aku. Jangan selsema sudah. Nanti kena tahan kat airport. Ternganga tak boleh balik.


5) Pagi tadi, entah kenapa aku boleh pulak layan lagu-lagu melayu masa on da way nak pergi kerja. Natsukashi. Yang tak tahan nye, ada lagu SEKSA by UKAYS.haha. Aku gelak sorang-sorang. Mendayu-dayu sungguh la lagu tu. Tapi tetap layan. Seronok jugak. Tapi tak boleh dengar selalu sangat. Nanti muntah hijau.hihi.


6) Sejak kebelakangan ini, aku rasa tension dengan kerja. Tension tau. Nama je aku kerja di company jepun, syacou aku nihonjin. Tapi 'orang melayu' itu yang ada kuasa penuh. Aku tahu dia yang bayar gaji aku. Syukur alhamdulillah. Aku akan hormat dia kalo dia ikut dengan system bekerja di jepun ni. Kalo asyik nak ikut kepala dia saje, jangan la buat company kat jepun. Buat kat Malaysia sudah. Boleh jimat cost. Tak perlu lagi ko merungut mahal. Terlalu berbangga dengan MADE IN JAPAN. Dia tak tahu ke orang jepun nak jimatkan cost, diorang buat kilang kat China, Taiwan dan tempat-tempat lain? Ayah cakap, takpe. Itu pengalaman. Kita kena hormat ketua kita. Ye. Aku tahu. Kalo aku kutuk-kutuk dia pon buat tambah dosa je. Jadi aku kena kuat dan sabar. Jangan sampai aku kena darah tinggi atau sakit jantung dah le.Nauzubillah.


Friday, July 10, 2009

|tak tahu nk ltk title ape..|

maji lama tak update blog nih..malas betul!
so,nk update secara point-point je la..malas nak mengarang ayat..tengok tu..malas sokmo..bile masa la aku rajin kan;D

・sabtu minggu lepas en arip telah open table di red lobster..perghh!!sedap lagi mengenyangkan...
gochisousamadeshita=))

・dengan perut yang kekenyangan tu,aku terus gi takao..bertemu kawan-kawan bergosip=))

・hari ahad esoknya, makan-makan ala2 kenduri di umah mc ah..akhirnya dapat gak aku makan sardin...oishikatta=))

・masih lagi dengan perut yang kenyang, kami menuju ke Minami Oosawa..shopping la beb..ape lagi kan=))

・setelah bertungkus lumus 7 kali..maka dengan itu tanggal 090709, aku telah berjaya!!! yeayyyyy!!alhamdulillah=))

・oleh yang sedemikian, pada hari ini buat pertama kali nya aku pergi office sendirian..begitu juga ketika pulang dari office..nanka...samishiii ki ga suru=((

・pagi-pagi takde dah nak borak-borak dalam bahasa melayu..bila petang pulak,takde dah aku nak melepaskan kebengangan aku bekerja dalam bahasa melayu..huhuhu..penat nye!!!!last-last memekak nyanyi kuat-kuat sorang-sorang!nasib baik waras lagi...

ok lah..sape tak paham isi kandungan entry nih..sila pm saya ye..=P



::kami ketika itu::



Tuesday, June 23, 2009

|jauh di mata dekat di hati~|

Tadi balik dari kombini, aku jalan belakang sorang budak lelaki yang berbadan besar..lingkungan umur 12 tahun camtu kot..tetiba teringat kat abang..rindu la plak kat abang..asal nampak je budak2 yang bersize lebih kurang macam abang,confirm aku jadi rindu dekat abang..huhu..

rindu nak peluk dia kuat-kuat walaupun tak muat satu peluk..hihi..pastu cubit pipi dia sampai merah..kakak yang suka membuli..hahah

rindu nak geletek-geletek dia sampai terbaring-baring pastu minta ampun kat aku cakap along menang,abang kalah..hahah..

rindu nak tengok dia makan sambil bersusah payah nak bersila..sebab perut dia yang bulat..hahah..nak sangat makan depan tv kan=P

rindu nak dengar dia minta tolong aku tambahkan nasi kat dia..abang nak cepat besar la long..boleh blah=P....hehe

rindu nak tengok dia bersandar kekenyangan pastu sendawa kuat2..ish tak senonoh..

rindu rindu rindu..

Muhamad Haikal Haziq a.k.a Abang,

Selamat hari lahir yang ke-11
Moga abang menjadi anak yang soleh
Moga abang diberkati hidup di dunia dan di akhirat..insyaAllah
dan semoga abang membesar dengan sehat dan kuat..hehe..

called mama tadi..ingat nak cakap dengan abang,tapi dia tido la plak..pastu tanya mama,abang ingat tak birthday dia hari ni..mama kata..semalam dia bising-bising cakap esok hari jadi dia..tapi tadi balik sekolah senyap je..lupa la tuh..hahaha

abeslah ayah kena blanja KFC le gamak nye~=P




Wednesday, June 17, 2009

|langit tak selalu cerah...|

Why susah sangat nak convert feelings to words well ek??
☆☆☆

I have been having a hard time updating my blog this past week, not for lack of anything to post but because I lack the words to express what I have been feeling lately..dah tulis half,delete..tulis lagi delete..haishh
☆☆☆

I tend to be quiet sometimes and orang kata sebab I am shy or moody..which is kadang-kadang betul, or kadang-kadang aku memang tak tahu nak cakap apa sebenarnya..
And there are times when I am very talkative, cakap macam tak reti-reti nak berhenti..but that’s usually because I’ve been storing up the information for a long time..nama pon reporter gossip kan cik lely kan??hehh..dan juga bila tetiba aku become hyper..hehe=D
☆☆☆

Ok..Kadang-kadang tanpa kita sedar, words yang kita gunakan tu boleh melukakan hati orang lain..bak kata orang puteh; The pen is mightier than the sword
So, please choose your words wisely..
☆☆☆
Tapi ada orang kata, that’s your blog..so,you can write whatever you feel like writing!...ermmm..tepuk dada tanya selera la..

☆☆☆
Maybe I am sooo perahsia;
bukan sebab susah nak convert feelings to words tapi sebab memang tak nak converts those feelings to words..

entah lah
I feel so 'mendung'...

Monday, June 15, 2009

|buah cempedak di luar pagar..|


ambil galah tolong jolok kan..
saya budak baru belajar..
kalau salah tolong tunjuk kan..



piwiittt..

pantun la plak kan..heh..

saja je nak bagi intro ala2 traditional gituuu..

nih nak tepek gambar aku belajar camna nak spray spring dengan pak met sabtu lepas..

seronok la juga main spray2 nih..daripada duduk mengadap pasokon dari pagi sampai ke petang kan..

pak met menunjukkan skill ala2 pro^^


ok,aku buat yang kecik2 je..test power dulu..hehe^^


kesimpulan yang boleh di simpulkan di sini ialah;

menuntut la ilmu sebanyak mana yang mungkin..tak kesah la ilmu pape pon..oit,ilmu hitam tak boleh ye!sile fikir yang mana baik dan yang mana tak baik k=))



lepas ni nak belajar cabut tayar plak la..untuk kegunaan masa depan orang kata...=))


Wednesday, June 10, 2009

|i dont want to miss a thing...|


ok saya akan pulang ke Malaysia 21 - 26 Julai ini atas urusan kerja..eceh..btol tak tipu..
tapi saya akan berada di rumah 24 & 25 Julai sahaja=((

maka dengan itu saya kena listkan baaaaanyyyyykkkkk makanan yang perlu dan harus di makan ketika berada di Malaysia...

maji tak kesah kalori ke hape ke..yang penting ngappp~!=))

sebabnye Ogos nanti dah nak puasa kan..hah!!korang dah habis ganti puasa blom???alamak cakap orang plak..saya ada 3 hari lagi ni..adussss...

pastu raya nanti InsyaAllah beraya di Malaysia juga..ya bedabedu~!!=))
yang ni haruskah saya sediakan duet raya???oh, tidakkkkk!kempes purse ku..tapi takpe la setahun sekali..sorang singgit sudah le..hahahahhaha..

okes lah..saja curik2 hupdate blog sementara kyaku san datang office nih..naseb baek kyaku san ni seorang yang sempoi dan tidak skema;D

till then~

saikin,tak ghairah la nak hupdate blog..rase lemau semacam..huhuhu


Tuesday, June 02, 2009

|ramblings for the day..|

sekejap je dah masuk bulan 6 kan..cepat betul masa berlalu..teringat bulan 6 tahun lepas masa aku duduk sorang2 kat Hiroshima..sungguh la sabishi tak henggat nye la..bulan tu juga la bulan kesedihan..bukan bulan chenta cam lagu dangdut tu okehh=D

tapi tu semua dah jadi kenangan..sekarang banyak yang telah berubah..masa merubahkan semuanya..cewah!ayat harus lah berbunga bunga ye..hehe..

sekarang tidak la se sabishi dulu..kekadang je..time gedik2 homesick time tu la rasa diri sangat keseorangan..hahahha..sudah2 la dengan ayat tak boleh blah nih..=D

ok,kerja pon so far ok lah..cuma kena banyak train diri untuk menjadi lebih penyabar dan berfikiran positif..huhu..kalau dua2 ni takde alamatnye dah lama lah aku bungkus kain baju cabut balik mesia tanam kelapa sawit..heheh..ade sesiapa nak joint venture dengan aku??tapi aku nak jadi boss lahh..boleh??hahah=D

harus bersyukur la masih ada rezeki di bumi jepun nih..tapi sampai bila aku nak mencari sesuap nasi di sini??jawapan nya; i dont know yet..ecehhh..jawapan standard yang menepati piawai=D
bukan la aku tak hingin nak balik malaysia for good..tapi tak sampai seru lagi..nak buat camno kan??=D


adehhhhhhhhhhhhh...lapoooooonyeeeeeeee...bunyik-bunyik dan perut ku..

okay, you guys can breathe now,coz my ramblings end here today.

thank you for reading!

hehe=D


sungguh tak bermotif penulisan ku kali ini..*sigh*


saya rindu kamuuuuuu~





Friday, May 29, 2009

|ketawa penawar duka...boleh?|


Situasi 1:

Pak Met dengan Kawai cabut sticker Greedy tadi..

Ko sebut ape tadi?

Ape?Greedy?salah ke?dah tu sebut ape?

Hahahahhahaha! (evil laugh)
First time aku dengar orang sebut GReddy tu Greedy..


Mana aku tahu… (sambil garu kepala)

Hahahhahahah….sampai umah baru reda gelak…

Adussssss…kan dah kena….

Cuba try test korang sebut GReddy tu camne…


Situasi 2:

Lagi kereta ape?

GT9A..

GT9A??

Aah..GT9A..

Yakin je ko sebut..hahahhaha! (evil laugh)

Haa..GT9A tu ade kat Matsudo..

Maker mane tu>>>>GT9A

GT9A ka yo….

Yela2..aku salah sebut..sebenarnya CT9A..adoiiilaaaa..
Kan dah jadi bahan dah….

Pasrah...

Banyak lagi situasi sebenarnye…tapi itu lah yang menceriakan hidup kami yang selalu pressure dengan *tutttttttttt*


Esok malas keje!

Noktah.